perols retweeted
Ramai orang minta saya komen pasal TMJ hentam Syed Saddiq dalam Instagram. Saya tidak ada apa apa komen. Saya cuma ada gambar.
perols retweeted
Noor Azizah Rohingya.
Tinggal kat flat.
"Walked all the way to Sabah through jungles and mangrove swamps."
perols retweeted
cuaca sekarang memang tak boleh nak predict dah, pagi panas terikkk petang hujan selebatnya.
ada hari terbalik pulak 😵💫 no wonder laaa ramai around me tengah batuk & selsema ek
sebab tu lately ni i dah mula biasakan diri ambik Flavettes Flazz Guard setiap hariiiii 👀
Bila ada usaha macam ni, rasa macam sejarah kita tak akan hilang ditelan zaman. Dia evolve ikut masa tapi still kekalkan identiti.
22 Muzium di bawah Jabatan Muzium Malaysia terus jadi pilihan rakyat dan pelancong!
Tahun 2025 mencatat kejayaan luar biasa dengan 2,457,051 pelawat, melepasi sasaran 2.2 juta!
Daripada jumlah itu, 355,585 pelawat antarabangsa turut memilih muzium kita sebagai destinasi utama.
Tahun 2026 bakal lebih meriah dengan 3 segmen utama:
- Citra Nusa @ Muzium
- Fiesta Uniti @ Muzium
- Muzium Bersama Komuniti
Kementerian Perpaduan Negara komited untuk menghidupkan semula muzium sebagai ruang ilmu yang dinamik, inklusif dan relevan dengan generasi masa kini. Usaha ini merangkumi pemodenan pameran, penggunaan teknologi interaktif serta pengisian program berimpak tinggi agar muzium terus menjadi pusat pembelajaran sepanjang hayat.
Dalam masa yang sama, kementerian turut memberi penekanan kepada usaha meremajakan muzium sebagai platform penyatuan masyarakat pelbagai kaum. Melalui pendekatan berasaskan komuniti dan kolaborasi strategik, muzium akan terus diperkasa sebagai ruang yang merapatkan jurang, memupuk kefahaman dan menyemai semangat perpaduan nasional.
Muzium adalah nadi identiti, perpaduan dan masa depan negara.
853

Rasa bersyukur sebab membesar dalam suasana yang macam ni. Banyak ajar kita jadi lebih terbuka.
perols retweeted
Malaysia dibina atas kepelbagaian yang menyatukan kita semua. Melalui sikap saling memahami dan menghormati, kita mampu mengekalkan keharmonian yang menjadi tunjang kekuatan negara.
Keunikan ini adalah warisan kita bersama yang perlu terus dipelihara!
Kita Lebih Kuat Bila Kita Bersama.
Jom daftar anak anak. Percuma je geng
Permohonan kemasukan ke Tabika Perpaduan bagi sesi tahun 2027 kini dibuka bermula 15 Mac 2026 sehingga 31 Ogos 2026 dan boleh dibuat secara atas talian.
Syarat kemasukan ke Tabika Perpaduan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai Sijil Kelahiran dan MyKad, serta berumur empat (4) hingga enam (6) tahun. Keutamaan juga diberikan kepada pemohon yang tempat kediaman atau tempat kerja ibu bapa berada dalam lingkungan 10 kilometer dari lokasi Tabika Perpaduan.
Tabika Perpaduan diperkukuhkan melalui Pelan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Tabika Perpaduan 2021–2030, iaitu inisiatif strategik Kementerian Perpaduan Negara bagi memberi suntikan dan nafas baharu kepada program pendidikan awal kanak-kanak di bawah kementerian. Pelan ini bertujuan memperkukuh peranan Tabika Perpaduan sebagai institusi yang bukan sahaja membangunkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh, malah membentuk generasi yang mempunyai semangat cintakan negara serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.
304

Kat office selalu pening nak makan mana sebab ada nak nasi kandar, ada nak makan nasi lemak sebab ada 3 bangsa kerja sekali. Sudahnya gi makan mamak senang ada semua. Takyah gaduh2 sebab kita lebih kuat bila bersama
#KitaBersama
299
Kadang netizen pun cepat melatah bila isu 3R muncul. Sebab tu penting ada pemantauan dan mediasi dulu.
Isu 3R : Kementerian mana mengurus?
Mandat dan tanggungjawab kementerian serta agensi kerajaan dalam mengurus dan menangani isu berkaitan 3R (agama, kaum dan institusi diraja) dilaksanakan secara menyeluruh melalui pendekatan Whole-of-Government Approach oleh Kerajaan.
Pendekatan ini merangkumi aspek pengumpulan data, pemantauan, intervensi awal, mediasi, penguatkuasaan serta tindakan undang-undang oleh agensi berkaitan bagi memastikan setiap isu ditangani secara berkesan dan bertanggungjawab.
Kerajaan komited memastikan keharmonian masyarakat, kestabilan negara dan semangat perpaduan sentiasa dipelihara, selaras dengan prinsip menghormati kepelbagaian agama, kaum dan institusi diraja yang menjadi asas kekuatan Malaysia.
180