Azri Abdullah (@AzriAbdullah22) header
Azri Abdullah (@AzriAbdullah22) profile picture

Partner / Lawyer at NRAA | Podcaster @ AtasPagar | Ketua Pemuda AMANAH Melaka & EXCO @PemudaAmanah #NRAALaw @PartiAmanah @ChelseaFC #MOZAC0610

Malacca, Malaysia
Joined October 2012
Photo by Azri Abdullah (@AzriAbdullah22)Photo by Azri Abdullah (@AzriAbdullah22)Photo by Azri Abdullah (@AzriAbdullah22)Photo by Azri Abdullah (@AzriAbdullah22)Photo by Azri Abdullah (@AzriAbdullah22)Photo by Azri Abdullah (@AzriAbdullah22)Photo by Azri Abdullah (@AzriAbdullah22)Photo by Azri Abdullah (@AzriAbdullah22)Photo by Azri Abdullah (@AzriAbdullah22)Photo by Azri Abdullah (@AzriAbdullah22)
"Macam inilah baru anak ayah. Berani untuk hak kita" Al-Fatihah ayah. Along rindu, untuk selamanya. Abdullah Bin Saffar (5.12.1969 - 25.10.2020) Mohon doa agar ayah saya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan dipermudahkan segala urusannya di sana.
54
5
5
157
Azri Abdullah retweeted
Melaka punyai sejarah panjang sebagai pusat perdagangan dan menjadi titik temh pelbagai bangsa serta peradaban. Semangat keterbukaan, kebersamaan dan kemajuan inilah yang harus terus disemarakkan dalam usaha membina masa depan negeri dan negara. Bersama masyarakat Paya Rumput malam ini berkempen untuk calon no 3 dari Pakatan Harapan saudara Azman Abidin, saya menegaskan bahawa kekuatan Malaysia terletak pada keupayaan kita merangkul kepelbagaian sebagai sumber kekuatan, bukan menjadikannya alasan untuk berbalah dan berpecah. Dalam dunia yang semakin bergolak, keamanan dan kestabilan yang kita kecapi merupakan nikmat besar yang mesti dipelihara. Namun, ukuran sebenar kejayaan ialah apabila anak-anak kita mendapat pendidikan yang sempurna, keluarga terbela daripada jerih payah kehidupan dan kekayaan negara mesti dinikmati semua. Sebab itu, saya akan terus tegas melawan rasuah dan segala bentuk penyelewengan, kerana amanah rakyat bukan untuk diperdagangkan demi kepentingan peribadi. Walhasil, saya meyakini Melaka mampu melangkah lebih jauh sekiranya kita memilih untuk berpaut pada nilai kejujuran, muafakat dan tanggungjawab bersama. Yang kita perjuangkan bukan sekadar kejayaan hari ini, tetapi sebuah tatanan yang lebih bermaruah untuk diwariskan kepada generasi akan datang. #PakatanHarapan #MelakaRumahKita
3
33
174
7,606
Azri Abdullah retweeted
15,483 pengundi. Tujuh daerah mengundi. Kuala Linggi memerlukan kepimpinan baharu yang memahami perubahan generasinya. Berdasarkan profil pengundi 2022, 26.8% berusia 18–29 tahun dan 21.9% berusia 30–39 tahun. Gabungannya: 48.7%, hampir separuh pengundi berumur bawah 40 tahun. Mukhlis Mubin membawa tenaga anak muda, pengalaman sebagai anak jati dan latar pendidikan undang-undang. Tetapi muda sahaja tidak cukup. Keberanian mesti disertai ilmu; semangat mesti diterjemahkan kepada kerja. Perubahan radikal mesti bermakna perubahan yang rakyat rasai: peluang pekerjaan lebih baik, pembangunan yang lebih saksama ke seluruh pelusuk Melaka dan suara penduduk yang benar-benar didengari. Bukan sekadar wajah baharu. Cara bekerja juga mesti baharu. Mukhlis Mubin menawarkan khidmat untuk semua generasi Kuala Linggi. #KualaLinggi #TheNewKL #PRNMelaka #PakatanHarapan #MelakaRumahKita
1
1
1
261
Azri Abdullah retweeted
Hari ini saya bertemu warga Melaka ketika menghadiri Program Sentuhan Kasih MADANI dan meluncurkan Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2030 (NCLAP30), sebagai kesinambungan usaha Kerajaan MADANI menangani kos sara hidup rakyat. Dalam ucapan, saya menyentuh kenaikan harga minyak dunia yang mencecah sekitar US$130 satu tong ketika ini. Tatkala banyak negara di seluruh dunia merasai kesannya, alhamdulillah Kerajaan MADANI terus mempertahankan harga RON95 pada RM1.99 seliter menerusi BUDI95, meskipun kita perlu menanggung lonjakan kos subsidi minyak yang diunjur mencecah sehingga RM45 bilion setahun. Dalam keadaan ini, ada suara yang menyifatkan pemberian subsidi ini mengajar rakyat jadi malas, dan ada pula yang mengatakan lonjakan subsidi ini akan membebankan kerajaan. Pendirian Kerajaan MADANI jelas: lebih baik Kerajaan yang menanggung beban daripada membiarkan rakyat dan ibu bapa kita yang menanggung derita. Kita memahami bahawa minyak digunakan untuk bekerja, menghantar anak ke sekolah dan mendapatkan rawatan. Setiap kenaikan harga akan terus menambah tanggungan keluarga. Inilah makna ‘menggapai di langit, mengakar di bumi’. Tatkala kita memacu kemajuan negara, kebajikan rakyat mesti terus diutamakan agar segala kemakmuran diterjemahkan kepada kehidupan yang lebih bermaruah. Peluncuran NCLAP30 hari ini juga adalah sebahagian ikhtiar kita menangani kos sara hidup, di samping memperluas Jualan Rahmah melalui penglibatan lebih ramai petani, nelayan dan pekebun. Penghargaan kepada seluruh pasukan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang terus turun padang menyantuni rakyat. Insya-Allah, kita akan terus bekerja agar ibu bapa dapat mengurus keperluan keluarga dan menyekolahkan anak dengan lebih tenang. Penat lelah mereka mesti kita santuni dengan dasar dan tindakan yang benar-benar meringankan beban. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI
12
36
4
176
15,464
Azri Abdullah retweeted
Adik-adik gen-Z perlu tahu tindakan Umi Umairah tu jika dibuat 20-25 tahun lalu, ada harapan kena tindakan drpd pentadbiran uni, tekanan drpd sekumpulan siswa-pemuda parti politik termasuk sampai ke ibu-bapa. Saja nak bagitau zaman gelap IPTA satu ketika dulu. Namun tetap ada kumpulan siswa yang melawan.
6
156
3
566
15,969
Azri Abdullah retweeted
An elderly Muslim man was spotted going to the mosque with his skating shoes before dawn. 😍🕌
108
1,473
165
14,792
426,777
KEBAJIKAN ANGGOTA TERUS DIBELA, KESEJAHTERAAN KELUARGA TERPELIHARA BELANJAWAN MADANI 2027: MENERUSKAN KOMITMEN, MEMPERKASA PERKHIDMATAN Dalam perkongsian saya sebelum ini mengenai Belanjawan MADANI 2027, saya telah menyentuh beberapa inisiatif penting yang akan memperkukuh keselamatan negara, meningkatkan keupayaan penguatkuasaan serta menjaga kebajikan anggota Kementerian Dalam Negeri (KDN). Hari ini, saya ingin memberikan tumpuan khusus kepada satu perkara yang sentiasa dekat dengan hati saya, iaitu kesejahteraan anggota penguatkuasaan dan keluarga mereka. Kebajikan anggota sentiasa menjadi antara pesanan utama YAB Perdana Menteri kepada saya dalam menerajui KDN. Sebab itu, saya amat menghargai komitmen berterusan Kerajaan MADANI yang bukan sahaja menyediakan peruntukan bagi meningkatkan keupayaan operasi, tetapi turut memberikan perhatian kepada kebajikan mereka yang melaksanakan amanah menjaga keselamatan negara. BELANJAWAN 2027: KOMITMEN KEBAJIKAN DITERUSKAN Saya juga amat menghargai pengumuman RM339 juta bagi kenaikan elaun anggota RELA dan sukarelawan, dengan kadar baharu RM9 sejam bagi petugas dan RM10.80 sejam bagi penyelia, yang akan memanfaatkan hampir 50,000 orang. Kenaikan elaun RELA ini amat menggembirakan saya kerana ia merupakan antara perkara yang telah kami kemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan Belanjawan 2027. Antara pengumuman lain yang amat bermakna ialah RM500 juta bagi pembinaan kuarters baharu di Depot Tahanan Imigresen Langkap, Perak dan Papar, Sabah, yang bakal memberikan manfaat kepada hampir 900 anggota. Kerajaan MADANI turut memperuntukkan RM2.3 bilion bagi pembinaan dan penyelenggaraan kuarters merentas perkhidmatan awam, termasuk anggota polis, tentera, bomba, guru dan doktor. TAHUN 2026: BUKTI KOMITMEN YANG SEDANG DILAKSANAKAN Sebenarnya, usaha meningkatkan kesejahteraan anggota telah kita gerakkan secara berterusan. Sepanjang 2026, KDN melaksanakan pelbagai projek penyelenggaraan, pembaikan dan naik taraf kemudahan menerusi Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RP1, RMKe-13). Antara sebahagian usaha yang ingin saya kongsikan: PDRM: RM127 juta diperuntukkan bagi 495 projek yang dirancang. Sebanyak 220 projek telah siap, termasuk pembaikan 2,131 unit kuarters. APMM: RM15 juta diperuntukkan bagi 10 projek penyelenggaraan dan pembaikan kuarters serta premis. Jabatan Penjara Malaysia: RM20 juta diperuntukkan bagi 125 projek naik taraf, penyelenggaraan dan pembaikan fasiliti. Ini hanyalah sebahagian daripada usaha yang telah dan sedang dilaksanakan. Matlamatnya jelas, iaitu menyediakan persekitaran kerja yang lebih baik serta kemudahan kediaman yang lebih selesa untuk anggota dan keluarga mereka. KESEJAHTERAAN ANGGOTA, KEKUATAN PERKHIDMATAN Bagi saya, kebajikan anggota bukan sekadar soal kemudahan fizikal. Di sebalik setiap anggota yang bertugas tanpa mengira waktu dan berdepan pelbagai risiko, ada keluarga yang turut berkorban dan memberikan sokongan. Sebab itu, kita bukan sahaja mahu anggota dilengkapi aset serta kemudahan operasi yang baik, tetapi turut memastikan kesejahteraan diri dan keluarga mereka terus diberikan perhatian sewajarnya. Belanjawan MADANI 2027 merupakan kesinambungan kepada komitmen yang telah kita gerakkan sepanjang 2026. Insya-Allah, saya bersama seluruh warga KDN akan terus memastikan setiap peruntukan dan projek yang dirancang dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, berintegriti dan memberikan manfaat nyata kepada anggota serta keluarga mereka. Terima kasih sekali lagi kepada YAB Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI atas kepercayaan serta perhatian berterusan terhadap kebajikan warga penguatkuasaan negara. ANGGOTA SEJAHTERA, PERKHIDMATAN DIPERKASA, NEGARA TERPELIHARA. #Belanjawan2027 #YakinMADANI #KementerianDalamNegeri #SaifNasution
7
11
740
Azri Abdullah retweeted
Sistem doktor kontrak dimulakan oleh Najib Razak dalam pembetangan Bajet 2017. Pada 2021, ratusan doktor kontrak keluar dari hospital dengan berpakaian hitam, dan Dr Dzulkefly berdiri di Dewan Rakyat meminta mereka jangan dilayan seperti PPE pakai buang.
3
60
4
94
13,069
Azri Abdullah retweeted
Road Transport Act to be amended to require drivers under the influence of alcohol or drugs to compensate their victims.
1
61
172
5,653
Mari berkumpul orang Melaka! #MelakaRumahKita
5
4
12
409
In brightest day In darkest night I'll embrace my fear I'll do what's right I choose this ring, I choose this fight In service to this lanterns light #Lanterns
1
1
199
Azri Abdullah retweeted
104
9,530
171
36,712
327,247
PASPORT MALAYSIA #2 DUNIA: KEYAKINAN GLOBAL, MANFAAT NYATA UNTUK RAKYAT 1. STRATEGI MADANI: MENAIKKAN SILING Di bawah kerangka Ekonomi MADANI, antara tumpuan utama negara adalah untuk Menaikkan Siling Pertumbuhan Negara dengan memperluas jangkauan antarabangsa, memperkukuh kedudukan diplomatik serta meningkatkan daya saing Malaysia. Negara yang maju dan dihormati memerlukan sistem yang kukuh, berintegriti dan diyakini agar pintu peluang global terus terbuka kepada rakyat Malaysia. 2. PENGIKTIRAFAN GLOBAL YANG MEMBANGGAKAN Keyakinan dunia terhadap kestabilan, keselamatan dan integriti sistem negara diterjemahkan melalui satu lagi pencapaian membanggakan. Pada tahun 2026, Pasport Malaysia melonjak daripada tangga ke-3 ke tangga ke-2 dunia, dengan akses antarabangsa meningkat daripada 174 kepada 175 destinasi merentas benua. 3. INTEGRITI DAN KESELAMATAN MEMBINA KEYAKINAN Pencapaian ini adalah hasil usaha berterusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam memastikan sistem imigresen dan dokumen perjalanan negara kekal berintegriti dan selamat. KDN dan JIM terus memperkukuh keselamatan sempadan dan kedaulatan negara, meningkatkan kecekapan sistem imigresen serta memelihara integriti Pasport Malaysia agar terus dihormati dan diyakini di peringkat antarabangsa. 4. HASIL DAN MANFAAT NYATA UNTUK RAKYAT Bagi saya, kedudukan tinggi dalam carta dunia hanya benar-benar bermakna apabila pencapaian tersebut diterjemahkan kepada manfaat yang dapat dirasai rakyat. Akses yang lebih luas memudahkan perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara, membuka lebih banyak ruang pendidikan dan kerjaya kepada anak muda serta membantu usahawan meneroka pasaran dan membina jaringan perniagaan antarabangsa. Kedudukan Pasport Malaysia sebagai pasport #2 dunia bukanlah titik akhir. Ia menjadi dorongan kepada KDN dan Jabatan Imigresen Malaysia untuk terus memperkukuh integriti, meningkatkan kecekapan serta menambah baik mutu perkhidmatan kepada rakyat. #YakinMADANI #KementerianDalamNegeri #SaifNasution
5
11
1,712
OPERASI HARI-HARI KDN & JIM: BUKTI KETEGASAN MENOKTAHKAN KRISIS PATI Alhamdulillah, usaha KDN dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menangani isu PATI terus digerakkan setiap hari. Pada hantaran hari ini, saya ingin berkongsi beberapa fakta dan angka supaya rakyat dapat melihat sendiri usaha yang sedang kita lakukan serta hasil yang telah dicapai. 1. JENAYAH & KRISIS LEGASI Isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) merupakan masalah legasi yang sekian lama membelenggu negara akibat kelonggaran dan ketirisan dalam sistem pentadbiran terdahulu. Ruang dan kelemahan yang wujud telah dieksploitasi oleh sindiket haram serta majikan tempatan yang tidak bertanggungjawab, sehingga mencetuskan ancaman sosial, ekonomi dan keselamatan yang serius kepada rakyat Malaysia. Bagi saya, masalah yang telah berlarutan sekian lama ini tidak boleh terus dibiarkan menjadi beban yang diwariskan kepada generasi seterusnya. 2. BUKTI FAKTA & ANGKA NYATA OPERASI Data rasmi Statistik Operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi tempoh 1 Januari hingga 29 September 2026 menunjukkan dengan jelas ketegasan operasi penguatkuasaan yang kita laksanakan: - 10,374 Operasi Penguatkuasaan telah digerakkan di seluruh tanah air. - 137,603 Individu telah diperiksa dalam pelbagai serbuan dan operasi di lapangan. - 37,313 PATI telah ditangkap secara terus menerusi operasi JIM. - 1,809 Majikan telah ditangkap, dengan majoriti besar iaitu 1,692 daripadanya merupakan warganegara Malaysia yang bersubahat menggaji dan melindungi PATI. Lonjakan tangkapan majikan berbanding tahun-tahun sebelumnya—daripada 346 majikan (2023) kepada 1,859 (2024), 2,202 (2025), dan 1,809 (sehingga September 2026 sahaja)—membuktikan bahawa pendekatan kita jelas. Penguatkuasaan tidak boleh hanya tertumpu kepada PATI, tetapi mesti turut sampai kepada pihak yang menggaji, melindungi dan mengambil kesempatan daripada kewujudan mereka. 3. KEPIMPINAN BERANI KDN & JIM Sebagai Menteri Dalam Negeri, pendirian saya jelas. Kita tidak boleh lagi sekadar bertahan atau bertindak apabila sesuatu isu berlaku. Saya mahu KDN bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI terus mengambil pendekatan ofensif menerusi operasi harian tanpa henti di seluruh negara. Sebab itu penguatkuasaan ini bukan operasi bermusim dan bukan dilakukan hanya apabila sesuatu isu menjadi perhatian. Tanpa mengira siapa atau apa kedudukan mereka, KDN dan JIM akan terus memutuskan rantaian salah guna ini demi memelihara kedaulatan dan keselamatan tanah air. 4. HASIL, MESEJ & AMARAN KERAS Mesej saya Kepada Warga Asing: Malaysia sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda untuk bekerja atau melawat, tetapi semuanya WAJIB dilakukan menerusi saluran undang-undang yang sah. Sebarang pencerobohan, pemalsuan dokumen atau tinggal lebih masa akan diburu dan tindakan undang-undang akan diambil tanpa kompromi. Amaran Keras saya Kepada Majikan Malaysia: Anda adalah antara pihak yang menyuburkan krisis ini! Menggaji dan melindungi PATI demi mengaut keuntungan mudah bermakna anda turut menyumbang kepada ancaman terhadap keselamatan negara. KDN dan JIM sedang memburu pihak yang terlibat—tiada lagi ruang untuk berselindung daripada tindakan undang-undang! Seruan saya Kepada Rakyat Malaysia: Kedaulatan negara adalah tanggungjawab bersama. Isu PATI bukan sekadar soal imigresen, tetapi turut memberi kesan kepada ekonomi, keselamatan dan ketenteraman sosial kita. JANGAN SESEKALI LINDUNGI PATI. Bersama-sama kita bantu KDN dan JIM menyelesaikan krisis ini demi masa depan anak cucu kita. Insya-Allah, saya akan terus menerajui usaha KDN dan Imigresen dalam menoktahkan isu PATI dan hasilnya mesti dapat dilihat serta dirasai rakyat; kini tiba masanya untuk seluruh rakyat dan majikan bersama-sama memainkan peranan menoktahkan isu PATI. #YakinMADANI #KementerianDalamNegeri #SaifNasution
5
13
5
33
4,519
Azri Abdullah retweeted
Isu pelarian Myanmar bukan permasalahan baharu, sebaliknya legasi puluhan tahun yang telah memberikan tekanan kepada negara dari sudut keselamatan, sosial dan pengurusan. Kerajaan MADANI mengambil langkah bagi menangani persoalan ini secara lebih tersusun, termasuk melalui penguatkuasaan, penyelarasan antara agensi serta kerjasama dengan negara asal. Hasil rundingan dengan Myanmar, 5,000 pelarian dipersetujui untuk dihantar pulang secara sukarela dan berperingkat. Hari ini, 1,476 pelarian memulakan fasa pertama setelah melalui proses yang dipersetujui kedua-dua negara. Insya-Allah saya akan memastikan isu ini ditangani secara tuntas, dengan keselamatan dan kepentingan rakyat Malaysia diberi keutamaan, serta pelaksanaannya berlandaskan undang-undang dan nilai kemanusiaan. ANWAR IBRAHIM
148
872
163
2,732
730,324
Anyone fancing a game of sepak takraw? #F1 || #BahrainGP in 🇲🇾
64
2,011
353
11,496
284,588
Home 🇲🇾 💚
58
3,444
198
16,810
284,708
Selama berpuluh tahun, isu kehadiran pelarian asing di Malaysia, khususnya dari Myanmar, telah berlarutan tanpa penyelesaian yang tuntas. Kepincangan masa lalu ini telah menjadi beban kewangan yang besar kepada negara, mencetuskan krisis sosial yang serius serta mewujudkan ancaman keselamatan yang nyata kepada rakyat Malaysia. Kerajaan MADANI tidak akan membiarkan permasalahan legasi ini terus berlarutan. Kita mula menyelesaikannya secara tegas, tersusun dan berperingkat, berlandaskan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Sebanyak 5,000 warga Myanmar telah dimuktamadkan untuk menjalani program penghantaran pulang secara sukarela dan berperingkat ke negara asal, berasaskan persetujuan Kerajaan Myanmar untuk menerima mereka serta persetujuan individu berkenaan untuk pulang secara sukarela. Hari ini, 1,476 individu memulakan Fasa Pertama penghantaran pulang, berdasarkan senarai yang dikemukakan oleh Kerajaan Myanmar melalui Nota Diplomatik rasmi. Pelaksanaan ini diselaraskan oleh KDN bersama Jabatan Imigresen Malaysia serta agensi berkaitan. Penyelesaian ini turut dicapai melalui pendekatan diplomatik dan rundingan secara langsung dengan Kerajaan Myanmar. Bagi isu yang melibatkan dua negara, penguatkuasaan sahaja tidak memadai. Kerjasama negara asal diperlukan bagi membolehkan proses penerimaan, dokumentasi dan penghantaran pulang dilaksanakan secara teratur dan berperingkat. Inilah pendekatan yang kita ambil — undang-undang ditegakkan, penguatkuasaan dilaksanakan dan saluran diplomatik dimanfaatkan untuk menghasilkan penyelesaian. Walaupun Malaysia bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol 1967, kita memilih pendekatan yang tegas tetapi berperadaban — berteraskan nilai Ihsan dan semangat kekeluargaan ASEAN, dengan setiap tindakan dilaksanakan secara teratur dan bertanggungjawab tanpa berkompromi terhadap keselamatan serta kedaulatan negara. Fasa Pertama ini adalah permulaan. Fasa-fasa seterusnya akan diteruskan setelah proses pengenalpastian, dokumentasi dan verifikasi serta kesiapsiagaan operasi disempurnakan. Masalah legasi yang telah berlarutan sekian lama kita mula selesaikan berlandaskan undang-undang. Kedaulatan negara kita pelihara. Keselamatan, kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia kekal menjadi keutamaan. Insya-Allah, amanah ini akan terus kita laksanakan dengan tegas, tersusun dan bertanggungjawab. #YakinMADANI #KementerianDalamNegeri #SaifNasution
28
82
13
173
10,436
Azri Abdullah retweeted
Dr Siti Hasmah’s passing is a big blow to 101 year old Dr Mahathir . Both were married for 70 years in fact they just marked their platinum wedding anniversary in August. Dr Siti Hasmah leaves behind 7 children, 18 grandchildren and 4 great grandchildren .
Gonna miss her so much 🥺. Just learnt that Tun Siti has passed away at the age of 100 . 🎻
71
3,245
208
16,962
1,253,149
2,478
10,941
460
40,561
1,569,143
Azri Abdullah retweeted
ISTIADAT PENGEBUMIAN PEMBESAR NEGARA BUAT ALMARHUMAH TUN DR SITI HASMAH MOHD ALI Bagi pihak Kerajaan MADANI dan seluruh rakyat Malaysia, saya menzahirkan rasa dukacita dan ucapan takziah atas pemergian Almarhumah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pagi tadi. Negara tetap mengenang sosok keibuan dan menghargai jasa Almarhumah. Saya telah mengarahkan Ketua Setiausaha Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk membantu pengurusan dan memberikan taraf Istiadat Pengebumian Pembesar Negara kepada Almarhumah. Ingatan dan doa saya bersama Tun Dr Mahathir Mohamad serta seluruh keluarga dalam menghadapi kehilangan ini. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Almarhumah, menerima segala amal baktinya dan menempatkannya dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah. ANWAR IBRAHIM 28 September 2026
46
1,164
13
3,293
326,316