Ahmad Maslan wajar digugurkan sebagai Timbalan Menteri kerana menyerang rakan komponen Kerajaan Perpaduan ketika penggulungan KKR di Dewan Rakyat.
#parlimen #dewanrakyat #ahmadmaslan #KKR
HASMI HASHIM retweeted
Kalau tuan menuai padi,
Jangan takut digigit lintah;
Kalau tuan sudah membenci,
Letak jawatan dan boleh belah.
@ahmadmaslan tak payah beli ya, ambil free saja.
HASMI HASHIM retweeted
Dengan penuh rendah diri, saya memohon pertimbangan dan kepercayaan saudara-saudari di Negeri Sembilan untuk terus memberikan mandat yang lebih kukuh kepada HARAPAN.
Insya-Allah, mandat itu akan memastikan kesinambungan sebuah pentadbiran yang bersih, stabil dan berintegriti di bawah pimpinan saudara Aminuddin Harun.
Kepada Allah SWT kita berserah.
“...Dan hendaklah kamu saling bantu-membantu dalam melakukan kebajikan dan ketakwaan, dan janganlah kamu saling bantu-membantu dalam melakukan dosa dan permusuhan..." (Surah al-Ma’idah: 2)
#KekalHARAPAN
#MemaknaiHARAPANrakyat
#UndiHARAPAN
HASMI HASHIM retweeted
Dengan penuh rendah diri, saya merayu kepada rakan-rakan serta keluarga dari Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia yang akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal untuk terus memberikan kepercayaan kepada calon-calon HARAPAN.
Setiap undi yang diberikan bukan sekadar menentukan hala tuju negeri, sebaliknya menjadi amanah yang perlu kami galas untuk terus memperkukuh kebajikan anggota keselamatan serta keluarga mereka.
Saya sedar masih banyak yang perlu diperbaiki, dan saya tidak pernah menganggap segala yang telah dilakukan itu sudah memadai. Namun, dengan sokongan dan mandat berterusan, Insya-Allah kami akan terus bekerja lebih kuat demi mengangkat martabat negara, membela kebajikan rakyat serta memperkukuh kesejahteraan seluruh warga pasukan keselamatan.
Kepada Allah SWT kita berserah.
#KekalHARAPAN
#UndiHARAPAN
#MemaknaiHARAPANrakyat
HASMI HASHIM retweeted
‘Boneka DAP’ Inilah Yang Perjuangkan Kepentingan Melayu – Aminuddin
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan dakwaan dirinya sebagai “boneka DAP” tidak menghalang beliau memperjuangkan kepentingan rakyat termasuk orang Melayu. Beliau berkata usaha menukar status tanah daripada pajakan kepada pegangan bebas serta rekod pentadbiran lapan tahun kerajaan PH-BN membuktikan komitmen kerajaan negeri menjaga kebajikan semua kaum.
#malaysiagazette #PRNNegeriSembilan #PakatanHarapan #PH #N9memilih #PRNNegeriSembilan2026 #UndiN9
Video: Muhamad Asyraaf
HASMI HASHIM retweeted
[MERAH PENUH DI PAROI]
PM @anwaribrahim turun ke Paroi disambut oleh ribua warga Paroi.
KEKAL HARAPAN, KEKAL TOK MIN!
Undi BN Dpt Hadi Awang.
55% org melayu akan mengundi HARAPAN sbg pelindung institusi adat & raja.
UMNO-PN Derhaka!
HARAPAN Pelindung Institusi Adat & Raja.
HASMI HASHIM retweeted
Maaf, hari ini kita belum sempat bertemu. Insya-Allah, kita akan berjumpa nanti.
Terima kasih atas dukungan dan sokongan yang diberikan. Semoga Allah SWT mengurniakan kalian kesihatan yang baik serta mempermudah segala urusan.
𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗕𝗔𝗪𝗔 𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗡𝗔𝗜𝗞 𝗕𝗘𝗖𝗔 𝗧𝗨𝗡𝗔𝗜 𝗛𝗔𝗝𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗛𝗨 𝗟𝗜𝗛𝗔𝗧 𝗣𝗠 𝗔𝗡𝗪𝗔𝗥 𝗗𝗘𝗣𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗧𝗔
#BatuPahat: Bahang terik mentari bukan penghalang buat seorang warga emas berusia 86 tahun mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer bagi menunaikan hajat isterinya melihat dengan lebih dekat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang singgah bersarapan di sebuah kedai makan di Senggarang hari ini.
Abdul Razak Pelangga, 86, berkata dia mengambil keputusan membawa isterinya Jamilah Samsudin, 64, menaiki beca dari kediaman mereka di Kampung Parit Bugis ke Kedai Kopi Hailam Sri Medan di pekan kecil di sini selepas mendengar perkhabaran akan kehadiran pemimpin nombor satu negara itu semalam.
Imam Masjid Raudhatul Jannah Parit Bugis itu berkata biarpun mempunyai pilihan untuk memandu kereta atau menunggang motosikal, beliau mengambil keputusan untuk membawa isterinya menaiki beca kerana tidak mahu berhadapan kesusahan mencari tempat letak kenderaan.
“Lama bertahun dahulu (sebelum menjadi Perdana Menteri) beliau (Anwar) pernah datang solat di masjid kami di sini, saya yang imamkan jemaah ketika itu, selepas solat kami bersalaman dan bertegur sapa, beliau sangat mesra, saya ceritakan itu kepada isteri.
“Jadi sekarang bila tahu beliau ada di sekitar sini, saya memang berhasrat bawa isteri pula bertemu Perdana Menteri dan kami berdua gembira hari ini, biarpun tak dapat bertentang mata kerana terlalu ramai orang, dapat melihat secara dekat pun memadai, selama ini tonton dalam televisyen sahaja,” katanya kepada Bernama hari ini.
📷 fotoBERNAMA
bernama.com/bm/am/news.php?i…
#BernamaNews
#BernamaImages
#WargaEmas
#Beca
@anwaribrahim
HASMI HASHIM retweeted
PRN JOHOR 2026 | Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pengundi di Johor memberi peluang kepada gabungan itu mentadbir negeri itu memandangkan masih terdapat banyak masalah dan isu rakyat gagal diselesaikan.
#BuletinTV3 #BeritaTerkini #PRNJohor2026 #PH
HASMI HASHIM retweeted
Arthur, Guna rayu perantau Johor pulang, beri undi kepada PH
suarakeadilan.my/post/arthur…
HASMI HASHIM retweeted
Saya dah undi sejak tahun 50-an, Anwar PM paling ‘straight’
#malaysiagazette #PRNJohor #JohorMemilih #PRNJohor2026 #UndiJohor
malaysiagazette.com/2026/06/…
HASMI HASHIM retweeted
KENALI CALON PAKATAN HARAPAN PRN JOHOR
Saya merayu dengan penuh rendah hati agar saudara-saudari memberikan mandat kepada calon-calon HARAPAN untuk memimpin negeri Johor bagi tempoh lima tahun akan datang.
Insya-Allah, amanah ini akan dipikul dengan penuh tanggungjawab dan tidak akan sesekali disia-siakan.
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.” (Surah An-Nisa: 58)
Johor Ke Depan. Undi HARAPAN🔺🚩
#PakatanHARAPAN
#MemaknaiHARAPANRakyat
#YakinHARAPAN
HASMI HASHIM retweeted
Lautan Manusia Biasa Di Bukit Gambir!
PM @anwaribrahim disambut oleh ribuan pengundi Johor utk pengumuman calon2 dari HARAPAN.
Undi HARAPAN Utk Perpaduan Demi Ekonomi Kuat
Undi HARAPAN Bantuan Terus Bank In Masuk Account/IC.
Kaum Cina Akan Keluar Mengundi!
HASMI HASHIM retweeted
Saya telah mengumumkan keseluruhan 56 orang calon yang bakal mewakili Pakatan Harapan pada pilihan raya negeri Johor yang akan datang. Insya-Allah, mereka akan mewakili masyarakat pelbagai kaum dengan isu-isu setempat yang dekat dengan sanubari masyarakat.
Alhamdulillah, dengan ‘track record’ yang terbaik di peringkat Persekutuan, kita meyakini bahawa kita memasuki pilihan raya ini dengan hasrat dan matlamat yang jitu untuk perubahan. Komitmen ini terlihat melalui pelbagai inisiatif dan peruntukan yang telah disalurkan kepada negeri Johor sepanjang tempoh pentadbiran Kerajaan MADANI.
Johor tidak pernah diabaikan, bahkan peruntukan dan pembangunan untuk negeri ini meningkat saban tahun. Johor menyumbang sekitar RM14 bilion kepada Persekutuan, namun kita kembalikan lebih RM16 bilion untuk pembangunan, infrastruktur dan kebajikan rakyat Johor. Bahkan peruntukan keseluruhan ketiga terbesar berbanding negeri-negeri lain.
Saya turut tegaskan agar demokrasi mesti terus marak dan kekal pertandingan antara parti politik tanpa melibatkan mana-mana institusi, termasuk institusi diraja.
Jika mahu bertarung, masuk gelanggang dan bertarung secara bermaruah. Lawan dengan fakta dan rekod, bukan menunggang institusi diraja dan menghasut sentimen kaum atau agama semata-mata untuk meraih sokongan politik. Rakyat Johor berhak mendengar tawaran terbaik untuk masa depan mereka, bukan disogok kebencian dan perpecahan.
Pesanan kepada semua calon, persaingan dalam pilihan raya ini bukan soal merebut kuasa atau jawatan. Ini adalah amanah besar untuk bekerja keras menyelesaikan masalah rakyat serta menggalas HARAPAN membawa Johor melangkah lebih jauh ke hadapan.
Johor Ke Depan. Undi HARAPAN! 🚩
#PakatanHarapan
#JohorKeDepanUndiHARAPAN
#YakinHARAPAN
HASMI HASHIM retweeted
Insya-Allah saya akan ke Bukit Gambir esok untuk bersama pimpinan Pakatan Harapan mengumumkan calon yang akan menggalas amanah rakyat dalam Pilihan Raya Negeri Johor Ke-16.
Johor berhak mendapat kepimpinan yang berintegriti, berwibawa dan bekerja kuat demi kemajuan negeri serta kesejahteraan seluruh rakyat.
Ayuh bersama-sama hadir dan memulakan langkah menuju kemenangan.
#PakatanHarapan
#MemaknaiHARAPANRakyat
HASMI HASHIM retweeted
Bersua dengan warga Muar beberapa hari yang lalu. Insya-Allah, ada kesempatan kita ketemu lagi!


























