Jabatan Digital Negara (@JDigitalNegara) header
Jabatan Digital Negara (@JDigitalNegara) profile picture

Akaun rasmi Jabatan Digital Negara Official account of Jabatan Digital Negara

Malaysia
Joined February 2024
Photo by Jabatan Digital Negara (@JDigitalNegara)Photo by Jabatan Digital Negara (@JDigitalNegara)Photo by Jabatan Digital Negara (@JDigitalNegara)Photo by Jabatan Digital Negara (@JDigitalNegara)Photo by Jabatan Digital Negara (@JDigitalNegara)Photo by Jabatan Digital Negara (@JDigitalNegara)Photo by Jabatan Digital Negara (@JDigitalNegara)Photo by Jabatan Digital Negara (@JDigitalNegara)Photo by Jabatan Digital Negara (@JDigitalNegara)Photo by Jabatan Digital Negara (@JDigitalNegara)
πŸ“’ π‡πŽπ“π‹πˆππ„ 𝐉𝐃𝐍 – 𝐒𝐀𝐋𝐔𝐑𝐀𝐍 π‘π€π’πŒπˆ 𝐀𝐍𝐃𝐀! Ada pertanyaan, aduan atau memerlukan bantuan berkaitan perkhidmatan digital? Jangan ragu untuk hubungi kami di talian: πŸ“ž 03-9078 5988 Jabatan Digital Negara komited memberikan respons yang pantas, tepat dan efisien demi memastikan penyampaian perkhidmatan digital yang terbaik kepada rakyat. πŸ’¬ Suara anda, keutamaan kami. #JabatanDigitalNegara #JDN #MalaysiaMADANI #DigitalFirst #PerkhidmatanDigital #HotlineJDN
434
πŸ“Έ ππŽπ‘π€πŠ π’π„π„ππˆ 𝐗 𝐉𝐃𝐍 π‹πˆπ•π„ π“π€π‹πŠπ’π‡πŽπ–: 𝐆𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐆 πŒπ€πŠπ‹π”πŒπ€π“ & ππ„π‘πŠπ‡πˆπƒπŒπ€π“π€π πƒπˆπ†πˆπ“π€π‹ πŠπ„π‘π€π‰π€π€π Jabatan Digital Negara (JDN) telah menyertai program Borak seeNI x JDN Live Talkshow bagi berkongsi maklumat mengenai Gerbang Maklumat dan Perkhidmatan Digital Kerajaan melalui MyGovernment (malaysia.gov.my). Perkongsian bersama Puan Norehan binti Abdul Aziz, Timbalan Pengarah (GOSG), Bahagian Pembangunan Aplikasi, JDN ini memberi pendedahan mengenai kemudahan perkhidmatan digital kerajaan yang disediakan bagi memudahkan urusan rakyat, menuju ke arah Negara AI 2030. πŸ“Ί Jangan lepaskan peluang untuk menonton siaran ulangan pada malam ini, jam 8.00 malam di Astro Prima, CH105. πŸ“Ί Saksikan juga melalui YouTube: youtube.com/@seenimy/streams #JabatanDigitalNegara #MyGovernment #DigitalFirst #MalaysiaMADANI #NegaraAI2030
1
28
πŸ“Έ πŠπ”ππ‰π”ππ†π€π π‡πŽπ‘πŒπ€π“ πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐃𝐍 πŠπ„ 𝐀𝐓𝐀𝐒 πŒπ„ππ“π„π‘πˆ πƒπˆπ†πˆπ“π€π‹ YBrs. Puan Noorjan binti Mohd Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara (JDN), telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Tuan Gobind Singh Deo, Menteri Digital pada 26 November 2026. Pertemuan ini menjadi ruang perbincangan mengenai pencapaian dan hala tuju Kementerian Digital, termasuk pelaksanaan inisiatif semasa serta perancangan strategik akan datang. Perbincangan turut merangkumi peranan dan sokongan JDN dalam memperkukuh agenda digital negara ke arah merealisasikan aspirasi Negara AI 2030. #JabatanDigitalNegara #MalaysiaMADANI #KeArahNegaraAI #DigitalFirst
25
Pertama kali JDN bersiaran langsung di ASTRO Prima! Ikuti bual bicara Borak SeeNI bersama hos, Faizal Ismail dan Yasmin Hani esok jam 11.00 pagi dan siaran ulangan pada jam 8.00 malam. Puan Norehan Abdul Aziz dari Bahagian Pembangunan Aplikasi Jabatan Digital Negara akan berkongsi kehebatan Gerbang Maklumat dan Perkhidmatan Digital Kerajaan - Portal My Government (malaysia.gov.my) dan manfaatnya kepada rakyat. #JabatanDigitalNegara #MalaysiaMADANI #DigitalfmFirst #NegaraAI2023
34
πŸ“Έ π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 Seluruh warga Jabatan Digital Negara (JDN) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Abu Bakar atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Digital), Kementerian Digital. Semoga kehadiran dan kepimpinan beliau dapat terus memperkukuh agenda pendigitalan negara serta memacu usaha menuju ke arah Negara AI 2030. Ikhlas daripada: Ketua Pengarah dan seluruh warga Jabatan Digital Negara #JabatanDigitalNegara #KementerianDigital #KeArahNegaraAI2030 #MalaysiaMADANI #DigitalFirst
18
πŸ“Έ π“π„π‘πˆπŒπ€ πŠπ€π’πˆπ‡ 𝐃𝐀𝐍 π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ€π‰π” π‰π€π˜π€ Seluruh warga Jabatan Digital Negara (JDN) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBrs. Encik Ma. Sivanesan a/l Marimuthu @ Muthiah atas segala khidmat bakti dan sumbangan sepanjang menjalankan amanah sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Digital), Kementerian Digital. Semoga terus maju jaya dan dikurniakan kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi. Segala jasa dan bakti yang dicurahkan amat dihargai dan akan terus dikenang. Ikhlas daripada: Ketua Pengarah dan seluruh warga Jabatan Digital Negara #JabatanDigitalNegara #KementerianDigital #KeArahNegaraAI2030 #MalaysiaMADANI #DigitalFirst
26
πŸ“Έ π’π„π’πˆ ππ„π‘π‰π”πŒππ€π€π πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐃𝐍 ππ„π‘π’π€πŒπ€ πŠπ„π“π”π€ π’π„π“πˆπ€π”π’π€π‡π€ πŠπ„πŒπ„ππ“π„π‘πˆπ€π πƒπˆπ†πˆπ“π€π‹ YBrs. Puan Noorjan binti Mohd Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara (JDN) telah mengadakan sesi perjumpaan bersama YBhg. Datuk Fabian Bigar, Ketua Setiausaha Kementerian Digital pada 23 November 2026 bertempat di Pejabat Ketua Setiausaha, Tingkat 7, Menara PJH. Kunjungan hormat ini menjadi platform awal bagi mempererat hubungan strategik serta memperkukuh kerjasama antara Kementerian Digital dengan JDN, khususnya dalam menyelaras hala tuju dan memperkasa agenda pendigitalan sektor awam. Pertemuan ini turut mencerminkan komitmen bersama dalam meneruskan aspirasi transformasi digital negara ke arah merealisasikan Negara AI 2030. #JabatanDigitalNegara #KementerianDigital #MalaysiaMADANI #DigitalFirst #NegaraAI2030
1
1
26
πŸ“Έ π‡π€π‘πˆ ππ„π‘π“π€πŒπ€ πŠπ„π“π”π€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐉𝐃𝐍 Jabatan Digital Negara (JDN) telah menerima kehadiran YBrs. Puan Noorjan binti Mohd Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara yang baharu pada 23 November 2026 bertempat di lobi JDN. Ketibaan beliau disusuli dengan sesi perjumpaan bersama Pengurusan Tertinggi JDN serta Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas oleh Encik Mohd Zamri bin Selamat, Ketua Perunding ICT (Strategis), Bahagian Perundingan Digital (BPD) yang menjalankan tugas sebagai Ketua Pengarah (Interim) JDN kepada YBrs. Puan Noorjan. Semoga kesinambungan kepimpinan ini terus memperkukuh agenda pendigitalan sektor awam dan memacu usaha JDN menuju ke arah Negara AI 2030. #JabatanDigitalNegara #MalaysiaMADANI #DigitalFirst #NegaraAI2030 #SektorAwamDigital
1
32
πŸ“Έ π’π„π‹π€πŒπ€π“ 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 π’π„π“πˆππ†π†πˆ-π“πˆππ†π†πˆ π“π€π‡ππˆπ€π‡ Seluruh warga Jabatan Digital Negara (JDN) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada YBrs. Puan Noorjan binti Mohd Mustapha atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Digital Negara berkuat kuasa 23 November 2026. Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kepimpinan yang cemerlang dalam meneruskan agenda pendigitalan sektor awam serta memperkukuh usaha JDN menuju ke arah Negara AI 2030. #JabatanDigitalNegara #MalaysiaMADANI #DigitalFirst #NegaraAI2030 #SektorAwamDigital
20
πŸ“Έ ππ„ππ˜π„π‘π“π€π€π π‘π„π‘π”π€πˆ 𝐉𝐃𝐍 π’π„πŒππ„ππ€ π’πŒπ€π‘π“ ππ€π“πˆπŽπ πŸπŸŽπŸπŸ” Jabatan Digital Negara (JDN) telah membuka reruai sempena Smart Nation 2026 yang berlangsung pada 17 hingga 19 November 2026 bertempat di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur. Reruai JDN mempamerkan pelbagai produk dan inisiatif Jabatan, termasuk Portal MyGovernment (GOSC), Garis Panduan Pengadaptasian Kecerdasan Buatan (AI) Sektor Awam (GPAISA) dan Repositori Dasar. Pengunjung turut berpeluang mendapatkan penerangan lanjut berkaitan produk serta inisiatif JDN dalam usaha memperkukuh pendigitalan sektor awam menuju ke arah Negara AI 2030. #JabatanDigitalNegara #SmartNation2026 #MalaysiaMADANI #DigitalFirst #NegaraAI2030
1
30
πŸ“Έ π’π„π’πˆ π‹πˆππ€π“ 𝐔𝐑𝐔𝐒 π’π„πŠπ“πŽπ‘ π€π–π€πŒ ππ€π†πˆ 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 π“πˆππƒπ€πŠπ€π ππ„ππ„π‘πˆπŒπ€π†π”ππ€π€π 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 IPv6 πŸπŸŽπŸπŸ”β€“πŸπŸŽπŸ‘πŸŽ Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Jabatan Digital Negara (JDN) telah menganjurkan Sesi Libat Urus (SLU) Sektor Awam bagi Pelan Tindakan Penerimagunaan Penuh IPv6 2026–2030 Siri 1 pada 17 November 2026 bertempat di MCMC Centre of Excellence (CoE), Cyberjaya. Sesi ini telah dirasmikan oleh YBrs. Ts. Dr. Siti Mariam binti Shahar, Ketua Perunding Teknikal. Sesi ini telah dihadiri oleh para pegawai daripada Kementerian serta beberapa jabatan Kerajaan Persekutuan. Penganjuran sesi ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman agensi sektor awam mengenai hala tuju dan perancangan terkini peralihan ke arah penggunaan IPv6 secara penuh menjelang tahun 2030. Selain itu, sesi ini turut menjadi platform bagi mendapatkan maklum balas berhubung tahap kesediaan infrastruktur dan aplikasi, keperluan pelaksanaan serta isu dan cabaran yang dihadapi oleh agensi dalam menyokong peralihan tersebut. #JabatanDigitalNegara #IPv6 #PendigitalanSektorAwam #DigitalFirst #MalaysiaMADANI
1
45
πŸ“Έ ππ„ππ†πŠπ„π‹ 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 π’π“π‘π€π“π„π†πˆπŠ π’π„πŒπ€πŠπ€π 𝐃𝐀𝐍 ππ„ππ€πŒππ€π‡ππ€πˆπŠπ€π π†π€π‘πˆπ’ 𝐏𝐀𝐍𝐃𝐔𝐀𝐍 ππ„ππ†π€πƒπ€ππ“π€π’πˆπ€π πŠπ„π‚π„π‘πƒπ€π’π€π 𝐁𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍 (π†ππ€πˆπ’π€) Bahagian Perundingan Digital, Jabatan Digital Negara (JDN) telah menganjurkan Bengkel Perancangan Strategik Semakan dan Penambahbaikan Garis Panduan Pengadaptasian Kecerdasan Buatan (AI) Sektor Awam (GPAISA) pada 11 hingga 13 November 2026 bertempat di Akademi Koreksional Malaysia (AKM), Jabatan Penjara Malaysia, Langkawi. Bengkel ini telah dirasmikan dan disempurnakan penutupannya oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Zamri bin Selamat, Ketua Perunding ICT (Strategis). Bengkel ini menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan merangkumi wakil rakan industri, ahli akademik, pengguna sektor awam serta pasukan pembangun GPAISA 1.0 bagi mendapatkan perspektif dan kepakaran daripada pelbagai bidang. Bengkel ini bertujuan menyemak dan menilai kandungan GPAISA sedia ada, mengenal pasti jurang serta cabaran pelaksanaan, di samping memperkukuh aspek tadbir urus, etika, keselamatan dan pengurusan risiko AI. Melalui perkongsian pandangan, perbincangan dan maklum balas peserta, bengkel ini menjadi platform penting dalam merangka cadangan penambahbaikan GPAISA yang lebih komprehensif, praktikal dan relevan dengan perkembangan teknologi AI semasa, sekali gus menyokong pengadaptasian AI yang bertanggungjawab dalam sektor awam. #JabatanDigitalNegara #GPAISA #KecerdasanBuatan #AI #NegaraAI2030
1
45