πππππππππππ ππππππππ πππ ππππ ππππππππππ πππππ: πππ
ππππππ πππππππππ, ππππππππππππ ππππππ
Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) 2026 melabuhkan tirai selepas dua hari menghimpunkan 159 inisiatif RKB daripada 28 kementerian dan 14 kerajaan negeri, yang dibentangkan serta dinilai oleh panel daripada sektor awam dan swasta.
Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Mohd Bakhari bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan), mewakili YBhg. Tan Sri Dr. Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
Dalam ucapan penutup, beliau menegaskan bahawa reformasi bukan lagi satu pilihan, sebaliknya satu kemestian bagi mempermudah urusan rakyat dan komuniti perniagaan. Reformasi perlu berasaskan empati, disokong oleh data dan digerakkan oleh setiap penjawat awam sebagai agen perubahan.
Persidangan turut membawa mesej bahawa RKB perlu berkembang daripada sekadar pelaksanaan projek kepada budaya kerja harian, dengan penekanan supaya proses dipermudah terlebih dahulu sebelum didigitalkan bagi mengelakkan βbirokrasi digitalβ.
JPA dan MPC akan terus memperkukuh sinergi dalam membangunkan kapasiti serta keupayaan penjawat awam ke arah perkhidmatan yang lebih cekap dan produktif.
Majlis turut menyaksikan Penyampaian Penghargaan RKB Tahun 2026, termasuk Penghargaan Poster RKB Terbaik, Anugerah Khas dan Anugerah Platinum kepada 52 projek yang menunjukkan impak jelas dan terukur.
Momentum RKB akan terus dipacu ke arah aspirasi 500 projek RKB dengan potensi unjuran penjimatan kos pematuhan mencecah RM2.5 billion bagi tahun 2026, sekali gus menyumbang kepada peningkatan produktiviti, kecekapan pentadbiran dan daya saing negara.
Daripada projek kepada budaya, daripada reformasi kepada produktiviti.
@MITIMalaysia
@shamsulazribakr
#MPC #RKB2026 #ReformasiKerenahBirokrasi #MPCProduktiviti #Produktiviti #MalaysiaMADANI
ππππππππ πππππππππππ πππππππππ ππππππππππππ ππ πππππππππ πππ ππ-ππ
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), selaku Organisasi Produktiviti Kebangsaan (NPO) bagi Malaysia, telah mewakili negara dalam Mesyuarat Bengkel Ketua-Ketua Organisasi Produktiviti Kebangsaan (WSM) Ke-67 anjuran Pertubuhan Produktiviti Asia (APO) yang berlangsung di Manila, Filipina.
Malaysia diwakili oleh YBrs. Dr. Mohamad Norjayadi Tamam, Ketua Pengarah MPC merangkap Ketua NPO bagi Malaysia. Penyertaan ini turut menandakan mesyuarat rasmi APO pertama beliau sejak memegang peranan tersebut.
WSM merupakan platform penting bagi negara anggota membincangkan pelaksanaan Visi APO 2030, Program Perkongsian Strategik, hala tuju kerjasama pelbagai negara, Pusat Kecemerlangan, inisiatif berkaitan kecerdasan buatan (AI), latihan, akreditasi dan pensijilan, serta usaha memastikan program-program APO terus memberikan nilai yang lebih besar kepada negara anggota.
Malaysia menegaskan sokongan berterusan terhadap APO, di samping menekankan kepentingan memperkukuh penyertaan yang bermakna, perkongsian ilmu serta fleksibiliti dalam pelaksanaan program antara negara anggota.
Perbincangan ini turut selari dengan peralihan MPC ke arah peranan advokasi dan khidmat nasihat yang lebih kukuh, dengan tumpuan bukan sahaja kepada pelaksanaan program, tetapi juga kepada pembentukan dasar, penyediaan pandangan strategik serta penghubungan amalan terbaik antarabangsa dengan keutamaan produktiviti negara.
MPC akan terus memanfaatkan rangkaian APO untuk memperkukuh kerjasama antarabangsa, membawa masuk kepakaran dan penyelesaian yang relevan ke Malaysia serta mewujudkan nilai yang lebih besar kepada industri, sektor awam dan keseluruhan ekosistem produktiviti negara.
Bagi Dr. Mohamad Norjayadi, penyertaan pertama beliau dalam WSM ini turut menjadi permulaan kepada penglibatan yang lebih erat bersama Ketua-Ketua NPO dan komuniti APO, selaras dengan aspirasi Malaysia untuk muncul sebagai negara peneraju produktiviti.
--------------------------------------------------------------------------
ππππππππ πππππππππππ πππ ππππππππππππ πππππππππππ ππ πππ ππππ πππ
Malaysia Productivity Corporation (MPC), as the National Productivity Organization (NPO) for Malaysia, represented the country at the 67th Workshop Meeting of Heads of NPOs (WSM) held recently in Manila, Philippines, convened by the Asian Productivity Organization (APO).
Malaysia was represented by Dr. Mohamad Norjayadi Tamam, Director General of MPC and NPO Head for Malaysia, marking his first official APO meeting in this role.
The WSM provided an important platform to discuss the implementation of APO Vision 2030, the Strategic Partnership Program, the future of multicountry collaboration, Centers of Excellence, AI-related initiatives, training, accreditation and certification, as well as how APO programmes can continue to deliver greater value to member economies.
Malaysia reaffirmed its strong support for APO while highlighting the importance of maintaining meaningful participation, knowledge exchange and flexibility across member economies. These discussions are especially timely as MPC moves towards a stronger advocacy and advisory role, focusing not only on implementing programmes, but also on shaping policy, providing strategic guidance and connecting global best practices with Malaysiaβs productivity priorities.
Moving forward, MPC will continue to leverage the APO network to strengthen partnerships, bring relevant expertise and solutions to Malaysia, and create greater value for industries, the public sector and the wider productivity ecosystem.
For Dr. Mohamad Norjayadi, the first WSM also marked the beginning of a deeper engagement with fellow NPO Heads and the APO community, as Malaysia works towards its aspiration of becoming a Productivity Powerhouse.
@MITIMalaysia
@TheAPONews
#MPC #MalaysiaProduktif #MemacuProduktivitiNegara #APO #Produktivit
πππππππ ππππ ππππππππππππ: πππ ππππππππ ππππ πππππ ππππππππππ ππππ.π ππππ
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) terus menyokong usaha memperkukuh budaya inovasi, kreativiti dan penambahbaikan berterusan melalui penganjuran Konvensyen Innovative and Creative Circle (ICC) Malaysia 2026.
Majlis Perasmian Penutupan telah disempurnakan oleh Dr. Mazrina Mohamed Ibramsah, Timbalan Ketua Pengarah MPC, bagi meraikan pencapaian 146 peserta daripada 22 kumpulan inovasi yang mewakili 14 organisasi, dengan penjimatan keseluruhan sebanyak RM36.3 juta.
Menariknya, hampir 95% kumpulan turut memanfaatkan pelbagai aplikasi kecerdasan buatan (AI) dalam projek masing-masing, termasuk bagi analisis data, pembangunan aplikasi dan penyediaan laporan projek. Penggunaan teknologi ini mencerminkan kesediaan organisasi meneroka pendekatan inovatif untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan kerja.
Tahniah kepada semua kumpulan yang mengambil bahagian atas komitmen, kreativiti dan pencapaian yang membanggakan dalam memacu kecemerlangan organisasi melalui inovasi.
@MITIMalaysia
@qkmconsult
#MPC #Produktiviti #MemacuProduktivitiNegara #ICC #KIK #Inovasi
πππ
ππππππ πππππ ππππππ, πππππ πππππ πππππππ ππππππ
Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) 2026 membuka tirainya pagi ini di Selangor International Trade Centre (SITC), dengan majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara.
Bertemakan βMempercepat Pelaksanaan, Memperhebat Reformasiβ, persidangan ini menghimpunkan lebih 800 peserta daripada sektor awam, industri dan persatuan perniagaan, dengan penglibatan kesemua 28 kementerian dan 14 negeri, termasuk pihak berkuasa tempatan. Sebanyak 159 projek RKB dibentangkan sepanjang dua hari persidangan bagi mengetengahkan penambahbaikan yang memberi impak nyata kepada rakyat dan komuniti perniagaan.
Dalam ucapan perasmian, Ketua Setiausaha Negara menegaskan bahawa reformasi perlu bergerak lebih berani dan tidak hanya tertumpu kepada memendekkan tempoh proses, sebaliknya mencari jalan agar urusan rakyat dapat diselesaikan dengan lebih segera. RKB turut menjadi wahana utama dalam usaha mengurangkan beban kawal selia, meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan serta memperkukuh produktiviti dan daya saing negara.
Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), YBrs. Dr. Mohamad Norjayadi Tamam pula menegaskan bahawa kejayaan RKB perlu diukur melalui perubahan yang benar-benar dirasai oleh rakyat dan perniagaan β melalui urusan yang lebih pantas, kos yang lebih rendah dan perkhidmatan yang lebih berkualiti.
Majlis pembukaan turut menyaksikan peluncuran penerbitan Buku RKB, selain didahului Sesi Perkongsian Strategik Antarabangsa oleh wakil OECD mengenai hala tuju reformasi kerenah birokrasi bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing.
@shamsulazribakr
@MITIMalaysia
#RKB2026 #ReformasiKerenahBirokrasi #MPC #Produktiviti #MalaysiaMadani
ππππππππ πππππ πππ ππππ: ππππππππππ πππππ πππππ, ππππππ ππππππππππππ ππππππ
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan kerjasama Malaysian Press Institute (MPI) menganjurkan Majlis Anugerah Media Akademi Dalam Industri (ADI) 2026 pada 27 Oktober 2026 di Putrajaya bagi mengiktiraf peranan pengamal media dalam mengetengahkan kisah kejayaan bakat tempatan serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peluang pekerjaan dan pembangunan kemahiran melalui ADI.
Majlis ini disempurnakan oleh YBrs Tuan Jaya Singam A/L A. Rajoo , Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan dan Pengurusan), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Penganjuran kali ini menerima 69 penyertaan merangkumi tiga kategori, iaitu Televisyen, Radio & Portal Video; Media Cetak & Portal Berita; serta Media Sosial β Video Pendek, sekali gus mencerminkan komitmen pengamal media dalam menghasilkan karya yang bermaklumat, kreatif dan berimpak.
Sehingga Oktober 2026, ADI telah merekodkan 15,893 penempatan bakat tempatan dengan penglibatan 3,064 syarikat, menerusi pendekatan latihan berasaskan pekerjaan yang menghubungkan pembangunan kompetensi dengan keperluan sebenar industri. Majlis turut dijadual menampilkan Pelancaran Digital Ikon ADI 2026 bagi memperluas perkongsian kisah kejayaan dan inspirasi pembangunan bakat negara.
Pengiktirafan ini memperkukuh peranan media sebagai rakan strategik dalam menyampaikan impak inisiatif pembangunan modal insan, sekali gus menyokong aspirasi negara untuk melahirkan tenaga kerja mahir, meningkatkan produktiviti dan memperkukuh daya saing industri Malaysia.
@MITIMalaysia
#MPC #MPI #AnugerahMediaADI2026 #AkademiDalamIndustri #PembangunanBakat #Produktiviti #BakatMalaysia #MalaysiaProduktif
ππππππππ ππππππ πππππππππ ππππππ ππππππππ ππππ ππππ ππππππππππππ
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bersama Kementerian Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengadakan perbincangan strategik bagi memperincikan pemetaan klasifikasi πππππ¦π πππ ππ‘ππππππ πΌπππ’π π‘ππππ πΆπππ π ππππππ‘πππ (MSIC) untuk sektor keutamaan negeri berdasarkan prestasi ekonomi, produktiviti dan kekuatan sektoral.
Perbincangan memberi fokus kepada pengenalpastian aktiviti ekonomi utama, penentuan kod MSIC yang bersesuaian serta penilaian nilai ekonomi bagi sektor pertanian, industri dan perkhidmatan.
Hasil pemetaan ini akan menjadi input penting kepada penyediaan draf akhir Kajian Kerangka dan Pelan Hala Tuju Produktiviti Nasional 2035, khususnya dalam merangka intervensi produktiviti negeri yang lebih tepat, berfokus dan berasaskan data.
Kerjasama strategik MPC, Kementerian Ekonomi dan DOSM ini memperkukuh usaha menterjemahkan analisis ekonomi kepada tindakan yang mampu memacu pertumbuhan produktiviti di peringkat negeri dan nasional.
@EkonomiMalaysia
@StatsMalaysia
@kp_dosm
#MPC #Produktiviti #MalaysiaProduktif #MemacuProduktivitiNegara
π ππππππππ πππππππππππππ ππππππππ (πππ) ππππ
Mengiktiraf Kecemerlangan. Memacu Produktiviti. Memperkasa Daya Saing Industri
Tahniah kepada UMW Aerospace Sdn. Bhd. atas kejayaan merangkul Anugerah Perdana Menteri sempena Anugerah Kecemerlangan Industri (AKI) 2026 anjuran Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Kejayaan ini mencerminkan komitmen terhadap kecemerlangan perniagaan, inovasi dan peningkatan prestasi organisasi.
Rangka Kerja Kecemerlangan Perniagaan (Malaysia Business Excellence Framework β MBEF) menjadi asas penilaian AKI 2026 bagi mengenal pasti organisasi yang mencapai tahap kecemerlangan dalam pengurusan dan prestasi perniagaan.
Sebagai Ketua Jawatankuasa Penilai yang dilantik oleh MITI, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) menerajui dan menyelaras keseluruhan proses penilaian, merangkumi semakan dokumen, sesi pitching, penilaian di lokasi (on-site assessment) serta penyediaan laporan dan syor pemenang untuk pertimbangan Ahli Majlis AKI.
Usaha ini memastikan penilaian dilaksanakan secara sistematik berasaskan kriteria MBEF, sekali gus memperkukuh budaya kecemerlangan dan produktiviti dalam kalangan industri Malaysia.
Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang AKI 2026. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan, inovasi dan peningkatan produktiviti ke arah memperkukuh daya saing industri negara.
@MITIMalaysia
@joharighani
@simtzetzin
#AKI2026
#MBEF
#MPC
#MITI
#KecemerlanganIndustri
#Produktiviti
#DayaSaingNegara
πππ πππππππππππ πππππππππ π&π ππππ ππππππππππππ ππππππππππππ πππ ππππππ ππππ πππππ ππππ πππππ ππππππππ
πππππ πππππππ πππππ
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah menganjurkan Sesi Libat Urus Pembangunan Kerangka Ekosistem Aktiviti Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi mendapatkan pandangan, maklum balas serta cadangan daripada kementerian, agensi, institusi penyelidikan dan pihak industri. Inisiatif ini bertujuan membangunkan kerangka ekosistem R&D yang lebih menyeluruh, bersepadu dan berimpak tinggi, sekali gus memperkukuh produktiviti negara melalui penyelidikan, pembangunan teknologi dan inovasi.
Menurut Dr. Mazrina Mohd Ibramsah, Timbalan Ketua Pengarah MPC, inisiatif ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara pihak berkepentingan, mengenal pasti cabaran serta jurang dalam pelaksanaan aktiviti R&D, di samping meneroka peluang untuk meningkatkan keberkesanan penyelidikan dan pengkomersialan hasil inovasi. Usaha ini penting bagi memastikan aktiviti R&D dapat menyumbang secara langsung kepada peningkatan produktiviti, kecekapan operasi dan daya saing industri.
Beliau turut menekankan kepentingan pembangunan kerangka ekosistem R&D yang mantap dalam menyokong aspirasi Malaysia untuk meningkatkan daya saing negara dan mencapai sasaran untuk berada dalam kelompok 10 negara paling berdaya saing di dunia.
Melalui pendekatan kolaboratif ini, MPC komited untuk menyokong pembangunan kerangka ekosistem R&D yang lebih tersusun dan bersepadu bagi memperkukuh keupayaan penyelidikan, mempercepat pembangunan teknologi, meningkatkan produktiviti dan daya saing industri serta memacu pertumbuhan ekonomi berasaskan inovasi.
@MITIMalaysia
#MPC #Produktiviti #Inovasi #DayaSaing
πππππππ ππππππ : πππππππππ πππππππ, πππππ ππππππππππππ
Program Perkongsian Digital Kaizen 2026 telah menghimpunkan perkongsian pengalaman dan pencapaian syarikat demonstrasi, UEDA Plating (M) Sdn. Bhd. dan Sunchirin Industries (Malaysia) Berhad, dalam mengaplikasikan Kaizen, IoT dan teknologi digital bagi meningkatkan produktiviti serta kecekapan operasi.
Program anjuran MPC dengan kerjasama APO dan JPC ini turut menerima maklum balas positif daripada para peserta, mencerminkan minat dan penghargaan terhadap perkongsian ilmu, pengalaman industri serta amalan terbaik yang diketengahkan.
Semoga inisiatif ini terus menjadi pemangkin kepada penerapan Digital Kaizen dan budaya penambahbaikan berterusan dalam kalangan PKS sektor pembuatan di Malaysia. π€
@MITIMalaysia
@TheAPONews
#DigitalKaizen #MPC #APO #JPC #Produktiviti #PKS #IndustriPembuatan #PenambahbaikanBerterusan
Saksikan wawancara bersama Encik Mohammed Alamin Rehan, Pengarah Seksyen Daya Saing Negara, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), berkaitan Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) 2026 - Pemacu Produktiviti dan Daya Saing Negara.
Tonton secara langsung menerusi Facebook Selamat Pagi Malaysia atau laman sesawang rtmklik.gov.my
#MPC #Produktiviti #RKB #ReformasiKerenahBirokrasi
@MITIMalaysia
@shamsulazribakr
@RTM_Malaysia
π π ππππ ππππ! π
Jom ikuti Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi 2026! Dua hari penuh dengan pengisian yang padat dan bermanfaat π
π Projek-projek RKB berpotensi tinggi dari seluruh negara dibentang dan dinilai
π Pameran projek RKB: menampilkan bagaimana urusan kerajaan kini lebih mudah dan pantas bagi rakyat dan peniaga
π Perkongsian strategik antarabangsa: hala tuju RKB untuk produktiviti dan daya saing negara
β¦dan banyak lagi aktiviti menarik! π
π
28β29 Oktober 2026
π Selangor International Trade Centre (SITC), Shah Alam
π Maklumat lanjut: rkb.gov.my/
@MITIMalaysia
@shamsulazribakr
#RKB2026 #ReformasiKerenahBirokrasi #KurangKerenah #MPC
π¬ πππππππ ππππππ: ππ ππππ πππππππ πππππ πππππ πππ πππππππππ
Sorotan perjalanan Projek Demonstrasi Digital Kaizen untuk PKS Sektor Pembuatan di Malaysia, hasil kerjasama MPC, APO dan JPC dalam mengaplikasikan Kaizen, IoT dan teknologi digital bagi meningkatkan produktiviti di peringkat operasi.
Bersama memacu PKS ke arah masa depan industri yang lebih cekap dan berdaya saing! π
@MITIMalaysia
@TheAPONews
#MPC #APO #JPC #DigitalKaizen #Produktiviti
Disiplin produktiviti telah menjadi pembeza utama antara syarikat yang berkembang stabil dengan syarikat yang stagnan walaupun mempunyai potensi yang setara.
#MITI #Produktiviti #MPC #NIMProductivity #NIMPact #NIMProve #MalaysiaProduktif
πππ πππππππ ππππππ πππππππ ππππππ ππππ ππππππ ππππππππππππ ππππππππ
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) berjaya menganjurkan Seminar Penyebarluasan Digital Kaizen yang menghimpunkan 130 peserta secara fizikal dan sehingga 60 peserta dalam talian, termasuk wakil negara anggota Asian Productivity Organization (APO).
Seminar dimulakan dengan ucaptama oleh Setiausaha Agung APO dan ucapan pembukaan oleh Dr. Mazrina Mohamed Ibramsah, Timbalan Ketua Pengarah MPC. Pakar daripada Japan Productivity Center (JPC), En. Komatsu dan En. Miyahara, turut berkongsi pendekatan praktikal dalam menggabungkan Kaizen, teknologi digital dan penggunaan data bagi meningkatkan produktiviti industri.
Dua syarikat model, Sunchirin Industries (M) Sdn. Bhd. dan UEDA Plating (M) Sdn. Bhd., berkongsi pengalaman melaksanakan Digital Kaizen melalui teknologi Internet Benda (IoT), pemantauan data dan penambahbaikan proses. Pelaksanaan tersebut telah membantu meningkatkan produktiviti, memperkukuh prestasi penghantaran, mengurangkan kerja lebih masa serta menambah baik pemantauan operasi.
Kolaborasi MPC, APO dan JPC ini diharap dapat mendorong lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengadaptasi Digital Kaizen secara berperingkat dan mampan, sekali gus memperkukuh produktiviti serta daya saing industri negara.
@MITIMalaysia
@TheAPONews
#MPC #DigitalKaizen #Produktiviti #TransformasiDigital #Kaizen #APO #JPC #PKS
πππ πππππππππ ππππ πππππππ πππππππ πππππππ πππππππ (πππ πππ) ππππ
π Cyberjaya Event Hall | 20 Oktober 2026
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) turut mengambil bahagian dalam pameran sempena Hari Inovasi Jabatan Perdana Menteri (HIK JPM) 2026 yang melibatkan kehadiran Ketua Setiausaha Negara (KSN).
Penyertaan MPC ini menjadi platform untuk mengetengahkan inisiatif produktiviti, inovasi dan kecemerlangan organisasi ke arah perkhidmatan awam yang lebih cekap dan berdaya saing.
Inovasi Pemacu Produktiviti Negara! π²πΎ
@shamsulazribakr
#MPC #MalaysiaProductivityCorporation #HIKJPM2026 #HariInovasi #Produktiviti #Inovasi
Saksikan wawancara bersama Puan Wan Fazlin Nadia Wan Osman, Pengarah Seksyen Daya Saing Negara, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), berkaitan Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) 2026 - "Ke Arah Melonjakkan Produktiviti".
Tonton secara langsung menerusi Facebook Selamat Pagi Malaysia atau laman sesawang rtmklik.gov.my
"Memacu Produktiviti, Memperkukuh Daya Saing"
#MPC #Produktiviti #RKB #ReformasiKerenahBirokrasi
@MITIMalaysia
@shamsulazribakr
@RTM_Malaysia
Peningkatan margin keuntungan sebanyak 30 peratus melalui kecekapan operasi merupakan hasil yang telah dibuktikan oleh syarikat-syarikat yang menjalani transformasi produktiviti secara terstruktur.
#MITI #Produktiviti #MPC #NIMProductivity #NIMPact #NIMProve #MalaysiaProduktif
πππ πππππ ππππππ ππππππππππππ ππππππππ πππππππππππ ππππππππ ππππππ
Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) terus memperkukuh peranan strategiknya dalam memacu daya saing negara menerusi pemerkasaan usahawan wanita di Annual Women Economic Forum.
Komitmen cemerlang ini terbukti nyata apabila MPC telah dianugerahkan πππ€ππ ππππ‘π πππ‘πππππ πππππ’ππ‘ππ£ππ‘π¦ & π΅π’π ππππ π πΈπ₯ππππππππ π΄π€πππ, yang diterima oleh Timbalan Ketua Pengarah MPC, Dr. Mazrina Mohamed Ibramsah, bagi pihak organisasi.
Dr. Mazrina turut menyampaikan pembentangan dalam sesi πΌπππ’π π‘ππ¦ πππ€πβπππ: πππππ’ππ‘ππ£ππ‘π¦ & πΏππππ π‘πππ πππ πΆπππππ‘ππ‘ππ£π πΊπππ€π‘β bagi mengetengahkan Program Transformasi Produktiviti (PTP) serta program teras MPC yang lain, seperti Akademi dalam Industri (ADI), PROSHARE, dan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB).
Penglibatan MPC disemarakkan lagi melalui penyertaan Pn. Wan Fazlin Nadia Wan Osman di sesi π΄ππππ π ππππ π
ππ’πππ‘ππππ β πβπ πππ£ππππππ πππππ π·ππππππ’π yang menghimpunkan 11 perwakilan kedutaan antarabangsa.
Selain itu, Dr. Mazrina dan Dr. Noor Aishah Hassan turut diamanahkan sebagai juri jemputan bagi sesi BIZZPITCHMATCH 2026.
Langkah ini mencerminkan komitmen berterusan MPC dalam melonjakkan produktiviti negara menerusi pemerkasaan usahawan wanita yang berdaya saing, berinovasi, dan berimpak tinggi.
#MPC #Produktiviti #Wawasanita

















































