PENAFIAN | Dakwaan aset kereta api negara sedang dijual adalah PALSU dan TIDAK BERASAS.
Tiada penjualan keseluruhan aset KTMB dan tiada penyerahan aset strategik kereta api negara kepada syarikat asing.
RAC kekal sebagai pemilik dan pengurus aset kereta api negara, manakala KTMB kekal sebagai operator rel nasional.
Fakta, bukan fitnah.
#RAC #FaktaBukanFitnah
RAC membawa delegasi JKNS dan JBNS melawat Depoh Batu Gajah, Perak pada 18 November 2026 bagi berkongsi pengetahuan mengenai pengurusan dan penyelenggaraan aset kereta api serta pemuliharaan stesen warisan.
#MoveWithRAC #teamRAC #JKNS #JBNS
*RAC & JACOBS FORUM: TOD AS A CATALYST FOR URBAN REGENERATION & VALUE CREATION*
Kuala Lumpur, 17 November 2026 - Railway Assets Corporation (RAC) and Jacobs successfully hosted a forum on Transit-Oriented Development (TOD), attended by approximately 100 participants comprising developers, government agencies, as well as professionals from the property, infrastructure, urban planning, mobility and design sectors. YBhg. Dato' Azhar Ahmad, Chief Executive Officer of RAC, delivered the opening remarks, highlighting the role of TOD in unlocking the value of railway assets, strengthening connectivity and supporting sustainable urban growth.
The forum featured keynote presentations, panel discussions and knowledge-sharing sessions on urban regeneration, integrated mobility, land value creation and innovative development approaches. Representing RAC, Ms Lena Ng Hwei Ling, Chief Operating Officer (Property), delivered a keynote presentation and participated in a panel discussion, sharing insights on reimagining heritage railway stations and unlocking the potential of railway land to create more connected, vibrant and people-centric communities across Malaysia.
#RAC #TOD #UrbanRegeneration #SustainableDevelopment
LAWATAN KERJA: TIMBALAN MENTERI PENGANGKUTAN TINJAU PROJEK PENGHADANG BUNYI (Noise Barrier)
KUALA LUMPUR, 17 November 2026 - Perbadanan Aset Keretapi (RAC) telah memasang penghadang bunyi sepanjang 120 meter berhampiran Sekolah Kebangsaan Sultan Hisamuddin Alam Shah bagi mengurangkan gangguan bunyi tren ketika sesi pembelajaran berlangsung.
Timbalan Menteri Pengangkutan, YB Datuk Haji Hasbi bin Haji Habibollah, meninjau penghadang tersebut dalam lawatan kerja hari ini bersama Ketua Pegawai Eksekutif RAC, YBhg. Datoβ Azhar bin Ahmad.
Menerusi projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) bernilai RM578,235 ini, RAC mahu mewujudkan suasana belajar yang lebih tenang untuk murid dan guru, di samping menjaga keselesaan komuniti yang tinggal berhampiran landasan kereta api.
#teamRAC #MalaysiaMADANI
KUNJUNGAN HORMAT JKNS DAN JBNS KE RAC
KUALA LUMPUR, 17 Nov 2026 - Perbadanan Aset Keretapi (RAC) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) dan Jabatan Bendahari Negeri Sabah (JBNS) di Menara Sentral RAC.
RAC diwakili oleh Pengurus Kanan Hartanah, Tuan Haji Ghazali bin Aman serta Ketua Perkhidmatan Korporat, Encik Shahrul Fadhli Omar. Turut hadir ialah Pengarah JKNS, YBhg. Datuk Ir. Ts. Philemon Lajawai serta Ketua Penolong Bendahari Negeri, Encik Christopher Dyonisius.
Sesi taklimat dan perbincangan memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan serta berkongsi pengalaman berkaitan pengurusan aset kereta api, khususnya pelaksanaan perakaunan akruan dan perekodan aset dalam penyata kewangan.
Pertemuan ini turut mengeratkan hubungan antara agensi serta membuka ruang kerjasama dalam memperkukuh tadbir urus aset rel.
#MoveWithRAC #teamRAC #JKNS #JBNS
KPE RAC, YBhg. Datoβ Azhar bin Ahmad menghadiri Perhimpunan Bulanan MOT dan Cahaya Kasih MADANI 2026, yang turut menampilkan video Deepavali RAC.
Terima kasih YB Loke Siew Fook atas kepimpinan dan sumbangan kepada negara.
#teamRAC #CahayaKasihMADANI #MalaysiaMADANI
PENAFIAN | IKLAN JAWATAN KOSONG PALSU
Perbadanan Aset Keretapi (RAC) menegaskan bahawa poster jawatan kosong yang dipaparkan adalah palsu dan bukan dikeluarkan oleh RAC.
Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengimbas kod QR, mengakses pautan atau berkongsi maklumat peribadi melalui hebahan tersebut.
Iklan jawatan kosong RAC hanya disiarkan melalui akaun rasmi RAC di MyFutureJobs, LinkedIn, JobStreet dan Indeed serta laman web rasmi rac.gov.my.
Untuk pengesahan, sila hubungi [email protected].
Semak dahulu, jangan mudah terpedaya.
#IklanPalsu #scammer
π€ Made with AI
Jom Sahut Cabaran!
Sertai Eksplorasi RAC 2026, pengembaraan yang membawa anda mengenali stesen keretapi di Kuala Lumpur melalui misi dan cabaran yang menyeronokkan!
ποΈ 5 Disember 2026
π Stesen Keretapi Kuala Lumpur
π₯ 4 peserta setiap pasukan
π° RM250 setiap pasukan
β Tarikh tutup: 20 November 2026
π₯ Terhad kepada 50 pasukan sahaja!
Kumpulkan geng anda dan daftar sekarang! Imbas kod QR pada poster untuk pendaftaran.
#EksplorasiRAC2026 #MoveWithRAC #PerbadananAsetKeretapi #teamRAC
1 CAHAYA, SERIBU CERITA πͺ
Kisah kasih sayang dan kebersamaan merentasi generasi, dari Stesen Keretapi Ipoh. β¨
Selamat Deepavali kepada seluruh masyarakat Malaysia beragama Hindu!
#Deepavali2026 #1CahayaSeribuCerita #MoveWithRAC #teamRAC
PELAWAAN KENYATAAN SEBUT HARGA RAC
RAC mempelawa syarikat Bumiputera yang layak bagi Perkhidmatan Penyelenggaraan Berjadual Dan Tidak Berjadual, Pembaikan Dan Rombak Rawat Tahap 1 Dan Tahap 2 Bagi Tiga Puluh Lapan (38) Six-Car Set (Scs) Kelas 92
NO. TENDER:RAC.BP - A/10/26
Jualan dokumen: 6 November 2026 (Jumaat) - 27 November 2026 (Jumaat)
Tarikh tutup: 30 November 2026, 12.00 tengah hari
#teamRAC #sebutharga
RAC SAMPAIKAN SUMBANGAN RM200,000 UNTUK 2 BUAH SEKOLAH ANGKAT MADANI (SAM) PERINGKAT NEGERI MELAKA
AYER KEROH, 26 Oktober 2026 β Perbadanan Aset Keretapi (RAC) menyampaikan sumbangan berjumlah RM200,000 kepada dua (2) buah sekolah di Melaka di bawah Program Sekolah Angkat MADANI (SAM).
Dua (2) buah sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Malim dan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Malim masing-masing menerima sumbangan RM100,000. Sumbangan tersebut akan disalurkan bagi menyokong usaha meningkatkan kemudahan dan keperluan pendidikan sekolah, sekali gus membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan selesa untuk para pelajar.
Majlis penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh YB Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan, dan turut disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif RAC, YBhg. Datoβ Azhar Ahmad. Turut hadir ialah YBhg. Datoβ Seri Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah RAC.
RAC komited untuk terus menyokong aspirasi Malaysia MADANI melalui inisiatif yang memberi manfaat kepada komuniti, khususnya dalam memperkukuh akses kepada pendidikan berkualiti serta menyokong pembangunan generasi masa hadapan.
#SekolahAngkatMADANI #MalaysiaMADANI #teamRAC #taatsetia
PELAWAAN KENYATAAN SEBUT HARGA RAC
RAC mempelawa syarikat Bumiputera yang layak bagi Kerja-Kerja Pembersihan Kawasan, Semak Samun, Rumput Rampai, Pokok Serta Keja Penyelenggaraan Dan Lain-Lain Kerja Yang Berkaitan Diatas Tanah Perbadanan Aset Keretapi (Rac) Di Negeri Pahang Bagi Tempoh Satu (1) Tahun
NO. SEBUT HARGA: RAC.K-B/02/26
Jualan dokumen: 28 Oktober 2026 (Rabu) - 6 November 2026 (Jumaat)
Tarikh tutup: 9 November 2026, 12.00 tengah hari
#teamRAC #Tender #MalaysiaMADANI
RAC WINS AT THE TXA AWARDS 2026
RAC is proud to receive the Sustainable Transport Initiative of the Year award at the TXA Awards 2026 (Land Transport Sector) for its:
RAC Renewable Energy Initiative: Unlocking Commercial Value through Solar PV & Large-Scale Solar (LSS)
Presented during Transport Expo Asia (TXA) 2026, held from 20-22 October 2026 at MITEC, Kuala Lumpur, the award recognises outstanding innovation in the transport sector.
This recognition reflects RAC's commitment to unlocking the value of railway assets through sustainable & innovative solutions that support Malaysia's green energy transition.
Congratulations to #teamRAC on this achievement!
#TXA2026 #TXAAwards2026 #RAC #SustainableTransport #teamRAC
Day 3 highlights at the RAC booth!
Thatβs a wrap for TXA 2026! Thank you to everyone who stopped by, joined our activities and connected with our team over the past three days.
#TXA2026 #MoveWithRAC #teamRAC
RAC PERKUKUH KERJASAMA STRATEGIK TOD DAN LOGISTIK
KUALA LUMPUR, 21 Oktober 2026 - Perbadanan Aset Keretapi (RAC) memperkukuh usaha mengoptimumkan aset kereta api melalui pertukaran dua dokumen kerjasama strategik sempena Transport Expo Asia (TXA) 2026 di MITEC, Kuala Lumpur.
Memorandum Persefahaman (MOU) antara RAC dengan JLG Investment Holdings Sdn. Bhd. (JLG) bertujuan meneroka kebolehlaksanaan pembangunan Stesen Keretapi Larkin baharu yang diintegrasikan dengan pembangunan berorientasikan transit (TOD) di Arena Larkin, Johor Bahru. Kerjasama selama dua tahun ini merangkumi kajian pasaran, penyediaan pelan induk serta penilaian teknikal, komersial, kewangan dan perundangan.
Pertukaran dokumen MOU disempurnakan oleh YBhg. Datoβ Azhar Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif RAC, dan YBhg. Datuk Sr. Akmal bin Ahmad, Pengarah Urusan Kumpulan JLG.
Sementara itu, Memorandum Perjanjian (MOA) antara anak syarikat RAC, Railway Assets Holding Sdn. Bhd. (RAHSB), dengan Perlis Inland Port Sdn. Bhd. bertujuan meneroka kerjasama pengangkutan rel, pengendalian kargo dan perkhidmatan logistik bernilai tambah. Kerjasama ini berpotensi memperkukuh pergerakan kargo rentas sempadan Malaysia - Thailand serta kesalinghubungan antara rangkaian rel dengan kemudahan logistik multimodal.
Pertukaran dokumen MOA melibatkan YBhg. Datoβ Azhar Ahmad bagi pihak RAHSB dan YBrs. Encik Wan Ahmad Zaheed Wan Mohamad, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Perlis Inland Port Sdn. Bhd.
Kedua-dua pertukaran dokumen disaksikan oleh YB Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan.
#TXA2026 #MoveWithRAC #teamrac
A glimpse of the session with Ir. Ts. B Vicknesh, Chief Operating Officer (Rail), RAC, at Transport Expo Asia (TXA) 2026!
Sharing ideas and connecting with industry partners for the future of Malaysiaβs rail sector.
π MITEC, Kuala Lumpur
#TXA2026 #MoveWithRAC #teamrac
RAC DAN INFINITY MEMPERKUKUH INISIATIF ROAD-TO-RAIL
KUALA LUMPUR, 20 Oktober 2026 β Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan Infinity Logistics & Transport Sdn. Bhd. memeterai perjanjian bagi pengoperasian dua hab kargo di Pasir Gudang, Johor, dan Tapah, Perak.
Perjanjian tersebut dimeterai sempena Transport Expo Asia (TXA) 2026 yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.
Kerjasama strategik ini menyokong agenda Road-to-Rail melalui peralihan pengangkutan kargo dari jalan raya kepada rel. Inisiatif ini juga bertujuan mengoptimumkan penggunaan aset kereta api serta memperkukuh ekosistem logistik negara yang lebih cekap dan mampan.
#teamRAC #TXA2026 #RoadToRail #PengangkutanRel #MalaysiaMADANI #TaatSetia
RAC at Transport Expo Asia 2026!
RAC joined the Opening Ceremony of TXA 2026 at MITEC today, officiated by YB Loke Siew Fook, Minister of Transport Malaysia.
At our booth, we welcomed visitors to meet the team, learn more about RACβs railway assets and explore opportunities for collaboration.
Swipe through for highlights from the ceremony and activities at our booth!
Visit the RAC booth on 21β22 October. See you there!
ποΈ 20β22 October 2026
π MITEC, Kuala Lumpur
#teamRAC #TXA2026 #MoveWithRAC #MalaysiaMADANI #TaatSetia
KENYATAAN SEBUT HARGA PELUPUSAN ASET
Perbadanan Aset Keretapi (RAC) mempelawa syarikat yang berminat untuk mengemukakan tawaran pembelian aset berikut:
πΉRel BS80A Gred C
πΉPengalas konkrit (concrete sleeper)
πΉKelengkapan jambatan besi
No. Sebut Harga: RAC.UR.700-6/6/7 (43)
π Sesi melihat aset:
21 Oktober 2026 (Rabu), 11.30 pagi di Yad Gemas, Negeri Sembilan.
β° Tarikh tutup sebut harga:
26 Oktober 2026 (Isnin), 12.00 tengah hari
Rujuk poster untuk maklumat lanjut dan imbas kod QR bagi memuat turun borang sebut harga.
#teamRAC #SebutHargaRAC #PelupusanAset


































































