
Calon ADUN N72 MEROTAI | NO 4 | #Ruji4Merotai
Joined September 2025
- Tweets225
- Following7
- Followers19
- Likes0
Ruji Ubi retweeted
Alhamdulillah, dalam Amanat Perdana Hari Kebangsaan sebentar tadi, saya telah mengumumkan beberapa ikhtiar penting bagi menangani kebimbangan rakyat, terutama terkait kos sara hidup dan tekanan kehidupan seharian.
Ikhtiar ini merangkumi kelayakan BUDI MADANI, peruntukan prasarana pendidikan untuk semua jenis sekolah, langganan percuma aplikasi AI, mempercepat rawatan dan menurunkan tempoh menunggu di klinik dan hospital kerajaan, menaikkan ambang pengecualian e-Invois serta meningkatkan dana pinjaman untuk usahawan dan peniaga kecil.
Semoga ikhtiar ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban rakyat serta memberi makna yang nyata kepada sambutan kemerdekaan tahun ini. Insya-Allah, beberapa pengumuman lain akan saya sampaikan sewaktu sambutan Hari Malaysia di Sarawak, serta Belanjawan 2027.
Saya dan seluruh pasukan Kerajaan MADANI akan terus mendengar suara serta keresahan rakyat. Kami akan terus bekerja keras untuk memastikan setiap kejayaan negara diterjemahkan kepada limpahan manfaat yang dirasai rakyat serta kehidupan yang lebih sejahtera dan bermaruah.
#MalaysiaMADANI
#KesejahteraanDinikmati
#YakinMADANI
Semoga setiap langkah yang kita ambil dipandu dengan hikmah, setiap keputusan disertai keyakinan dan setiap ujian menjadikan kita lebih dekat kepada-Nya. Kerana hidup bukan tentang memiliki semua jawapan, tetapi tentang terus percaya kepada Dia yang mengetahui segala-galanya.
8






















