Respons apabila logo kuning Maybank di Merdeka 118 dipersoal:
“Warna kuning identiti korporat & branding Maybank.”
“Kalau tak ada saham, tak payah kritik Maybank.”
Sementara itu, Maybank di London masih kekalkan identiti korporat tanpa memaksa warna kuning pada setiap tempat.
EcoWorld walaupun logo hitam & hijau, tapi HQ diorang letak warna perak sebab nak 'blend in' dengan rekaan moden bangunan.
Tapi Maybank, diorang tetap nak pakai warna kuning.
Untuk estetik, apa salahnya warna perak. Kalau nak juga kuning, pasanglah lampu kuning waktu malam kan?
Rasmi: Merdeka 118 kini dinamakan sebagai Menara Merdeka Maybank ✅
Rasanya mereka tak letak nama Maybank 118 sebab Maybank hanya huni 33 tingkat menara, bukan keseluruhan 118 tingkat.
Selain Maybank, penghuni lain menara ini termasuklah PNB, Bank of America dan Park Hyatt KL.
Lain macam tandas LRT 3, siap ada shower lagi... 🤔
Dah takde alasan dah untuk yang pergi kerja tapi tak mandi.
Red and yellow lit up the world’s second-tallest building as Spain were crowned champions of the FIFA World Cup 2026! 🇪🇸⚽
Akhirnya, akan ada 'food court' baharu yang akan dibina di Taman KLCC. Terletak di antara pusat beli-belah Ombak KLCC dengan Masjid Asy-Syakirin.
Dekat pula tu dengan MRT Persiaran KLCC.
Kalau dah penat joging pusing satu taman, bolehlah melantak terus kat sini..
LRT Laluan Shah Alam bakal dibuka bermula esok, dan ada promosi naik percuma selama sebulan.
Sementara itu, kesesakan melampau bakal melanda pengguna LRT Kelana Jaya yang sedia ada... Sudahkah anda bersedia? 😌😅
Stesen keretapi tengah sawah padi.
Nampak macam gambar AI kan? Tapi, BUKAN!
Ia memang gambar sebenar stesen dan landasan² ECRL yang dijangka beroperasi pada 2027.
📸: Malaysia Rail Link, Fawwaz Media
1/2
Lebuhraya setinggi bangunan hampir 10 tingkat di Cheras ini adalah gambaran sempurna bahawa Malaysia sememangnya sebuah negara ‘car centric’ yang tak mesra pejalan kaki.
📸: klcityscapes
RTS Link JB–Singapura kini memasuki fasa ujian awal.
Projek ini dijangka menjadi pengangkutan alternatif popular bagi warga Johor untuk berulang-alik ke Singapura.
Untunglah Bangsa Johor. Selain ada Bugatti W16 Mistral di jalan raya, mereka juga ada tren LRT yang merentas laut
Papan tanda luar 118 Mall sudah mula kelihatan.
Antara penyewa mall ini termasuklah SOGO. Lepas ni, rombongan bas sekampung mungkin berhijrah ke sini pula, setelah sekian lama di SOGO Jalan TAR.
Hadapannya ada sekolah. Boleh bayangkan trafik di sini akan menjadi mimpi ngeri.
Malaysia takkan lagi pegang rekod 'Bangunan Kedua Tertinggi' untuk Merdeka 118 apabila Menara Jeddah siap kelak.




































