anne ismail (@anneimail75) header
anne ismail (@anneimail75) profile picture

Love challenging

Joined March 2022
Photo by anne ismail (@anneimail75)Photo by anne ismail (@anneimail75)Photo by anne ismail (@anneimail75)Photo by anne ismail (@anneimail75)Photo by anne ismail (@anneimail75)Photo by anne ismail (@anneimail75)Photo by anne ismail (@anneimail75)Photo by anne ismail (@anneimail75)Photo by anne ismail (@anneimail75)Photo by anne ismail (@anneimail75)
Baucar Kita Selangor yang bernilai RM600 sebagai bantuan membeli barangan asas rumah telah mula diperkenalkan sebagai satu lagi bantuan dalam Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor 2026. Baucar akan diagihkan secara berfasa sehingga bulan Disember 2026. Semak syarat kelayakan di baucarkitaselangor.com #KitaSelangor
8
90
2
176
18,696
Sebelum Majlis Pelancaran Geran Penyelidikan dan Inovasi Pembangunan Negeri Selangor (SELidik) 2026 bermula, saya terlebih dahulu mendengar taklimat berhubung pelaksanaan geran ini. Usai mesyuarat, saya melancarkan SELidik 2026. Pemberian geran ini merupakan satu pelaburan strategik Kerajaan Negeri untuk memastikan pembangunan dan dasar Selangor terus dipandu oleh ilmu, fakta serta penyelidikan berkualiti. SELidik merupakan penambahbaikan daripada Geran Penyelidikan Negeri Selangor (GPNS) 2024 dengan skop yang lebih luas, bukan sahaja memberi tumpuan kepada penyelidikan, tetapi turut memperkukuh inovasi dan menghasilkan penyelesaian yang boleh diterjemahkan kepada pembangunan negeri. Kerajaan Negeri memperuntukkan RM3.5 juta bagi pelaksanaan SELidik 2026. Fasa pertama melibatkan peruntukan RM2.5 juta kepada dua universiti milik Kerajaan Negeri, Universiti Islam Selangor (UIS) dan Universiti Selangor (UNISEL), manakala tambahan RM1 juta akan dibuka kepada institusi pendidikan tinggi awam di seluruh negara pada fasa kedua. Selangor mahu penyelidikan ini menghasilkan penyelesaian sebenar terhadap cabaran rakyat dan negeri, daripada perumahan mampu milik, kelestarian alam sekitar dan pendigitalan sehinggalah pembangunan ekonomi serta sosial. Hasil penyelidikan juga perlu mempunyai laluan yang jelas kepada agensi dan Jawatankuasa Tetap Kerajaan Negeri supaya dapatan yang berkualiti dapat diterjemahkan kepada dasar serta tindakan. Ini penting dalam usaha menjayakan Rancangan Selangor Kedua (RS-2) dan mencapai sasaran menjadikan Selangor ekonomi bernilai RM600 bilion menjelang 2030. Selangor tidak boleh sekadar menjadi pengguna teknologi dan idea, sebaliknya mesti menjadi pencipta solusi yang lahir daripada kekuatan ilmu serta kepakaran tempatan. SELidik melengkapi komitmen Kerajaan Negeri terhadap pendidikan, dengan RM136.2 juta diperuntukkan tahun ini, jumlah tertinggi dalam sejarah Belanjawan Selangor. Insya-Allah, kita mahu membina Selangor sebagai sebuah negeri berpengetahuan yang memimpin dengan ilmu, mencipta dengan hikmah dan memastikan setiap kemajuan akhirnya mengangkat darjat serta kesejahteraan rakyat. #KitaSelangor #SELidik2026
10
3
20
1,906
Selamat mengundi kepada semua pengundi awal PRN Negeri Sembilan! 🗳️ Kepada anggota keselamatan, petugas dan semua yang menunaikan tanggungjawab hari ini, terima kasih kerana keluar mengundi. Setiap undi anda adalah suara untuk masa depan Negeri Sembilan. Kekal Harapan. #KekalHarapan #PakatanHarapan
11
6
1
40
1,862
Hanya berbaki 19 hari lagi sebelum Negeri Selangor membuka secara rasmi Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) XXII dan Para SUKMA Selangor 2026. Petang tadi, saya telah menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Kontingen Negeri Selangor sebagai simbolik pelepasan kontinjen ke temasya sukan terbesar negara ini. Kontingen SUKMA Negeri Selangor kali ini bakal diwakili seramai 1,029 orang, terdiri daripada 838 atlet dan 191 pegawai pasukan, yang akan beraksi dalam kesemua 37 jenis sukan yang dipertandingkan. Dengan persiapan rapi dan semangat juang yang tinggi, Selangor optimis untuk meneruskan kecemerlangan dengan sasaran 80 pingat emas serta menjulang kejuaraan keseluruhan buat kali ke-10 di hadapan penyokong sendiri. Bagi Para SUKMA Selangor, kontinjen Para SUKMA turut menyasarkan 60 pingat emas dengan tekad mencipta sejarah muncul juara keseluruhan buat kali pertama. Sebagai tanda penghargaan kepada pengorbanan dan kecemerlangan atlet, saya turut mengumumkan insentif tambahan sehingga RM10,000 kepada setiap pemenang pingat emas, selain insentif tambahan sekiranya Selangor berjaya muncul juara keseluruhan. Kerajaan Negeri juga meneruskan pelaksanaan Program Bapa Angkat Pasukan Kontinjen Negeri Selangor yang melibatkan Ahli Dewan Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Daerah dan Tanah serta anak-anak syarikat Kerajaan Negeri bagi memperkukuh kebajikan atlet dan memastikan segala persiapan kontinjen berjalan lancar. Saya turut menyeru seluruh rakyat Selangor untuk bersama-sama turun memberikan sokongan padu kepada atlet-atlet kita sepanjang temasya berlangsung. Sorakan dan semangat daripada rakyat pasti menjadi pembakar semangat untuk mereka memberikan persembahan terbaik demi mengharumkan nama Selangor di bumi sendiri. Selamat berjuang kepada seluruh atlet, jurulatih dan pegawai kontinjen Negeri Selangor. Semoga segala usaha dan pengorbanan membuahkan kejayaan. Ayuh kita buktikan semangat #KitaSelangor! #KitaSelangor #SUKMA2026
11
3
28
2,907
Seharian di Negeri Sembilan, pagi ini saya memulakan kempen bagi membantu calon Pakatan Harapan N.32 Linggi, calon nombor 3, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun. Walaupun hujan lebat membasahi bumi Linggi sejak awal pagi, ia sama sekali tidak mematahkan semangat kami untuk bertemu warga Linggi. Kami memulakan kempen dengan bersarapan di Gerai Makan Pasar Linggi sebelum beramah mesra dengan para peniaga di Pasar Linggi. Seterusnya kami berjalan di sekitar Pekan Linggi untuk bertemu orang ramai. Alhamdulillah, gembira melihat warga Linggi berbilang kaum hidup dengan harmoni. Kaum Cina dan Melayu makan di gerai mamak. Peniaga Cina, Melayu dan India bersama-sama menggerakkan ekonomi Pekan Linggi. 1 Ogos ini, ayuh warga Linggi bersama-sama keluar mengundi. Undi calon nombor 3, undi Pakatan Harapan. Kekalkan Harapan demi Linggi yang harmoni, stabil dan sejahtera. #PRNNegeriSembilan #PakatanHarapan #KekalHarapan
13
13
1
95
9,227
Pagi ini saya bersama ribuan penyokong mengiringi calon Pakatan Harapan bagi kerusi DUN N.32 Linggi, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun, bagi proses penamaan calon di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson. Turut serta calon-calon bagi kawasan N.29 Chuah, Sdr.Yew Boon Lye, N.30 Lukut, Sdr. Choo Ken Hwa, N.31 Bagan Pinang, Sdr. Nasir Raman dan N.33 Sri Tanjung, Dr. Rajasekaran A/L Gunnasekaran. Di bawah kepimpinan beliau sebagai Menteri Besar, Negeri Sembilan mencatat rekod pelaburan tertinggi dalam sejarah negeri dengan nilai RM19.1 bilion pada tahun 2025. Pentadbiran beliau juga berjaya memperkukuh kedudukan kewangan negeri melalui peningkatan kutipan hasil serta simpanan rizab yang kukuh, sekali gus membolehkan lebih banyak inisiatif dan bantuan kebajikan disalurkan demi kesejahteraan rakyat. Alhamdulillah, proses penamaan calon berjalan dengan lancar dan telah diterima oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kini bermulalah medan perjuangan untuk bertemu rakyat dan menawarkan khidmat yang terbaik buat Negeri Sembilan. Meskipun ada pihak yang nak kejar dan ‘lanyak’ kita di Linggi, saya berpesan kepada semua pasukan Pakatan Harapan agar kita terus tenang dan kempen dengan politik matang dan politik khidmat. Rakyat Negeri Sembilan cukup bijaksana untuk menilai keperibadian dan kualiti pemimpin yang mereka mahukan untuk mentadbir negeri ini. 1 Ogos ini, ayuh keluar mengundi beramai-ramai dan berikan sokongan kepada calon-calon Pakatan Harapan. Bersama kita laungkan semangat #KekalHarapan! #PRNNegeriSembilan #PakatanHarapan #KekalHarapan
10
16
77
2,404
Di Selangor, anak-anak daripada keluarga berpendapatan rendah ataupun yang tinggal di luar bandar berhak mendapat peluang yang sama rata untuk berjaya. Itulah antara tujuan Kerajaan Negeri menyediakan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dan Program Didik Kasih (PDK). Gred Purata Negeri (GPN) SPM Selangor terus menunjukkan peningkatan berturut-turut daripada 4.67 pada 2023, kepada 4.59 pada 2024 dan kini 4.52 pada 2025. Angka ini membuktikan kejayaan ribuan pelajar yang duduk dalam kelas PTRS selepas waktu persekolahan dengan makan percuma disediakan serta guru berkelayakan di sisi mereka. Lebih 160,000 pelajar menengah dan 20,000 murid sekolah rendah telah menikmati manfaat ini. Melalui PDK pula, kira-kira 17,000 murid yang memerlukan pemulihan asas literasi dan numerasi kini dibimbing menggunakan modul khusus yang dibangunkan sendiri oleh warga pendidik Selangor. Pada masa yang sama, saya turut gembira apabila kadar murid yang memerlukan kelas pemulihan semakin menurun. Ini bermakna asas mereka semakin kukuh sebelum menjejakkan kaki ke alam sekolah menengah. Pada tahun 2026, PTRS diperkasa lagi dengan tambahan modul Fizik dan Kimia selaras dengan matlamat memperkukuh pencapaian STEM. Platform ePTRS turut dinaik taraf dengan sesi dua hala antara guru dan pelajar secara langsung. Tiada lagi alasan bahawa tuisyen itu mahal atau jauh. Di Selangor, pendidikan berkualiti adalah hak setiap anak-anak kita. #KitaSelangor
11
14
40
3,443
Alhamdulillah, hari ini saya telah menyempurnakan Pelancaran Program Ambulans Kita Selangor (AKS) Fasa 2 serta memperkenalkan Bunga Tanjung sebagai Ikon Kesihatan Awam Negeri Selangor. Program Ambulans Kita Selangor adalah antara ikhtiar Kerajaan Negeri untuk memastikan tiada rakyat tercicir daripada menerima rawatan hanya kerana kekangan pengangkutan. Inisiatif ini menyediakan perkhidmatan ambulans percuma bagi kes bukan kecemasan, khususnya buat pesakit kronik, warga emas dan pesakit terlantar yang memerlukan bantuan untuk menghadiri temu janji rawatan atau urusan pemindahan perubatan. Bermula 1 Julai lalu, AKS Fasa 2 telah diperluaskan ke kesemua sembilan daerah di Selangor, meliputi 56 kawasan DUN, selain memperluaskan perkhidmatan kepada semua 86 Klinik Kesihatan di negeri ini, berbanding hanya 23 fasiliti kesihatan kerajaan sebelum ini. Dengan peruntukan RM1 juta, Kerajaan Negeri terus bekerjasama dengan St. John Ambulans Malaysia bagi memastikan perkhidmatan ini dapat dimanfaatkan secara lebih menyeluruh dan berkesan. Bagi keluarga yang berdepan cabaran kewangan, kos pengangkutan ke hospital sering menjadi beban sehingga ada yang terpaksa menangguhkan rawatan. Keadaan ini tidak seharusnya berlaku. Akses kepada perkhidmatan kesihatan adalah hak setiap rakyat, bukan bergantung kepada kemampuan kewangan. Pada masa yang sama, Bunga Tanjung turut diperkenalkan sebagai bunga rasmi Ikon Kesihatan Awam Negeri Selangor. Ia melambangkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri untuk memperkukuh budaya hidup sihat, memperluaskan akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti serta membina masyarakat yang lebih sihat, sejahtera dan berdaya tahan. Kerajaan Negeri akan terus memastikan pembangunan Selangor bukan sahaja diukur melalui pencapaian ekonomi, tetapi juga melalui keupayaan kita melindungi kebajikan rakyat dan meningkatkan kualiti hidup mereka. #KitaSelangor
10
7
1
25
1,421
anne ismail retweeted
Kempen tetap kempen, bersukan jangan lupa. Pagi ini saya bersama calon N.41 Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik bersenam di Bolt Fitness. Sambil berlari di treadmill, sempat saya bertanyakan perkembangan kempen beliau serta cabaran yang dihadapi di lapangan. Walaupun jadual semakin padat, saya cuba luangkan masa setiap pagi untuk bersenam. Hari ini saya banyak membuat strength training upper body dan lower body dengan bantuan PT di sini. Tak sempat nak ber’tabata’ macam biasa 😅 Seperti kata pepatah, akal yang sihat lahir dari tubuh yang sihat. Ayuh kita sama sama amalkan gaya hidup sihat dengan senaman yang konsisten. #JohorDiDepanUndiHarapan #PakatanHarapan #PRNJohor2026
23
13
4
75
11,549
anne ismail retweeted
RM460.1 bilion. 26.5% KDNK negara. Pertumbuhan 6.3%, melebihi paras nasional. Angka ini bukan sekadar statistik. Ia gaji yang dibawa pulang, perniagaan yang berkembang, dan peluang yang dibuka untuk anak Selangor. Lima tahun Rancangan Selangor Pertama, ekonomi negeri tumbuh RM116.6 bilion. Seterusnya? RM500 bilion. Negeri pertama di Malaysia. Kita mampu. Kerana kita Selangor. #KitaSelangor
8
13
1
38
2,556
anne ismail retweeted
Selangor terus mengungguli prestasi ekonomi Malaysia! Berdasarkan angka rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) bagi tahun 2025, ekonomi Selangor berkembang kepada RM460.1 bilion, meningkat sebanyak RM28 bilion berbanding tahun sebelumnya. Pertumbuhan ini adalah yang tertinggi di Malaysia dan lebih dua kali ganda berbanding mana-mana negeri lain. Pencapaian ini turut mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai penyumbang terbesar kepada ekonomi negara dengan 26.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, manakala kadar pertumbuhan ekonomi negeri mencatat 6.3%, mengatasi pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 5.2%. Terima kasih kepada seluruh rakyat Selangor, penjawat awam, para pekerja, usahawan dan pelabur yang menjadi nadi kepada kejayaan ini. Insya-Allah, kita akan terus bekerja lebih kuat untuk membawa Selangor menjadi negeri pertama di Malaysia yang mencapai ekonomi bernilai RM500 bilion. #KitaSelangor
11
15
59
2,839
Di Johor petang ini, bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 semakin terasa. Saya berada di Bilik Gerakan Utama HARAPAN DUN N.47 Kempas bersama bakal calon, Muhammad Faezuddin Mohd Puad, mendengar pembentangan analisis PRN DUN Kempas serta menyelaras gerak kerja jentera menjelang hari pengundian. Pembentangan yang dikongsikan memberikan gambaran menyeluruh tentang kekuatan, cabaran serta strategi yang perlu digerakkan sepanjang tempoh berkempen. Dengan persiapan yang rapi, gerak kerja yang tersusun dan semangat jentera yang tidak pernah luntur, saya yakin HARAPAN berada di landasan yang tepat untuk meraih keyakinan rakyat. Insya-Allah, N.47 Kempas mampu kita menangi. Johor Ke Depan, Undi Harapan! #JohorDiDepanUndiHarapan #PRNJohor #PakatanHarapan
11
8
17
1,426
Susulan pembentangan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor (PPDTS) Fasa 2 di Dewan Negeri Selangor pada Jumaat lalu, hari ini Kerajaan Negeri melancarkan Baucar Kita Selangor sebagai langkah segera untuk membantu rakyat menghadapi cabaran kos sara hidup dan ketidaktentuan bekalan global. Melalui peruntukan sebanyak RM30 juta, seramai 50,000 keluarga di Selangor akan menerima bantuan RM100 sebulan selama enam bulan bagi mengurangkan beban perbelanjaan harian dan memastikan kesejahteraan keluarga terus terpelihara. Penerima yang telah dikenal pasti hanya perlu membuat pengesahan maklumat secara dalam talian melalui portal rasmi baucarkitaselangor.com bermula jam 12 tengah hari esok, 23 Jun 2026. Pada masa yang sama, ibu tunggal dengan pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah turut diberikan peluang untuk memohon bantuan ini melalui portal yang sama. Kerajaan Negeri juga meneruskan komitmen melalui program BINGKAS, yang menyalurkan bantuan RM300 sebulan kepada 30,000 keluarga. Secara keseluruhannya, sebanyak RM138 juta diperuntukkan sebagai bantuan terus kepada rakyat bagi mengurangkan kesan peningkatan kos sara hidup. Namun, bantuan kewangan semata-mata bukanlah penyelesaian jangka panjang. Sebab itu Kerajaan Negeri akan terus memperkukuh agenda pemberdayaan rakyat melalui program peningkatan kemahiran, latihan serta peluang pekerjaan berpendapatan lebih baik termasuk menerusi Program Kerjaya Selangor, agar lebih ramai rakyat dapat berdikari dan membina masa depan yang lebih kukuh. Inilah tekad Kerajaan Negeri, bukan sekadar membantu rakyat menghadapi cabaran hari ini, tetapi memperkasa mereka untuk menghadapi masa depan dengan lebih yakin dan berdaya tahan. #KitaSelangor @anfaalsaari @selgategroup
8
6
18
1,523
Mengiringi DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah ke Program Penaung Diraja Invest Selangor Bersama Industri 2026. Lokasi pertama ialah kilang F&N Dairies Manufacturing Sdn Bhd di Pulau Indah yang terletak dalam kawasan Selangor Halal Hub, sebuah hab industri halal bersepadu yang dibangunkan bagi menyokong pertumbuhan sektor halal melalui ekosistem lengkap. Program ini merupakan inisiatif strategik Invest Selangor yang membuka ruang kepada DYTM Raja Muda Selangor untuk berinteraksi secara langsung dengan pemain industri dan pelabur utama, sekali gus memahami perkembangan, peluang serta cabaran yang dihadapi sektor perindustrian negeri. Lawatan ini memberi peluang untuk melihat sendiri kecanggihan fasiliti pembuatan F&N yang bertaraf dunia, termasuk sistem gudang automatik (Automated Storage & Retrieval System – ASRS), kemudahan pemprosesan tenusu, barisan pembungkusan moden serta teknologi pembuatan tin yang menyokong pengeluaran hampir 500 juta tin susu setiap tahun bagi pasaran tempatan dan antarabangsa. Tahniah diucapkan kepada Fraser & Neave Holdings Berhad yang baru-baru ini menerima Anugerah Emas di bawah Program Smart Factory Excellence and Recognition (SFERE) oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan SIRIM Berhad atas kecemerlangan dalam automasi, inovasi dan pembuatan pintar. Pencapaian ini membuktikan bahawa Selangor terus menjadi destinasi pilihan pelaburan berkualiti tinggi serta hab pembuatan yang kompetitif di rantau ini. Semoga kerjasama erat antara kerajaan negeri, institusi diraja dan sektor industri akan terus memperkukuh agenda pembangunan ekonomi, meningkatkan daya saing negeri serta mewujudkan lebih banyak peluang kepada rakyat Selangor. #KitaSelangor
9
8
29
1,736
Dewan Negeri Selangor hari ini memanggil semua Ahli Dewan Negeri untuk hadir ke Mesyuarat Khas Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Ke-15 bagi mendengar pembentangan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor (PPDTS) Fasa 2 serta membahaskan langkah-langkah yang dirangka Kerajaan Negeri dalam mendepani ketidaktentuan ekonomi global dan gangguan rantaian bekalan susulan konflik yang semakin meruncing di Asia Barat. Mesyuarat khas ini diadakan bagi membolehkan setiap cadangan dan inisiatif yang dirangka oleh Kerajaan Negeri dibahaskan secara teratur, dinilai secara matang serta diperkukuhkan melalui pandangan semua pihak demi kepentingan rakyat dan masa depan Selangor. Dalam sidang khas ini, saya telah membentangkan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor (PPDTS) Fasa 2 yang melibatkan peruntukan RM209.26 juta merangkumi 15 inisiatif baharu. Bersama PPDTS Fasa 1 yang telah diumumkan sebelum ini, jumlah keseluruhan peruntukan yang digerakkan Kerajaan Negeri kini mencecah RM355.06 juta. Pendekatan yang diambil bukan bersandarkan sentimen atau reaksi jangka pendek, sebaliknya berteraskan data, pandangan pakar serta hasil sesi libat urus yang telah dilaksanakan sejak beberapa bulan lalu bagi memastikan setiap langkah yang diambil benar-benar memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi negeri. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli Dewan Negeri dari pihak Kerajaan serta Pembangkang yang telah memberikan sokongan, pandangan serta kerjasama sepanjang perbahasan dan pembentangan pakej ini. Perbezaan pandangan adalah lumrah dalam demokrasi, namun dalam mendepani cabaran yang memberi kesan kepada rakyat, kepentingan negeri mesti sentiasa diutamakan. Ini adalah masa untuk kita bersatu padu, berganding bahu dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelaksanaan setiap inisiatif yang telah dirancang. Bukan untuk Kerajaan Negeri, bukan untuk ahli politik, tetapi demi memastikan Selangor terus kekal sebagai sebuah negeri yang berdaya tahan, berdaya saing dan mampu melindungi kebajikan rakyat dalam apa jua keadaan. #KitaSelangor
9
4
19
4,722
Sebagai langkah menangani kesan krisis bekalan tenaga dan bahan asas akibat Perang Timur Tengah awal tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor dengan nilai sejumlah RM140 juta sebagai penampan untuk membantu rakyat. Inisiatif ini memfokuskan kepada keterjaminan bekalan makanan, kawalan inflasi, dan bantuan langsung. Berikut adalah inisiatif utama di bawah pakej ini: ✅Baucar Kita Selangor: Bantuan bernilai RM100 sebulan (selama 6 bulan) diberikan kepada 50,000 penerima terpilih bagi meringankan beban kos kehidupan harian. 🚌Subsidi Pengangkutan: Bantuan subsidi pengangkutan awam/minyak bernilai RM30 sebulan. Permohonan dan penebusan telah dibuka bermula 1 Jun 2026 melalui aplikasi NINE. 🥬Program Jualan Ehsan Rahmah (JER): Peningkatan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk menawarkan barangan asas pada harga murah untuk kesejahteraan perbelanjaan warga Selangor. 🥣Inisiatif Sarapan Percuma: memanfaatkan pelajar di 965 sekolah di seluruh negeri. Program yang diuruskan melalui 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ini bertujuan untuk meringankan perbelanjaan ibu bapa dan memastikan murid mendapat nutrisi yang baik sebelum memulakan sesi pembelajaran. 👨🏻‍🌾Bantuan Sektor Pertanian: Peruntukan sebanyak RM25 juta disalurkan untuk membantu lebih 14,000 pengusaha agromakanan bagi menangani peningkatan kos operasi dan memastikan keterjaminan bekalan makanan. Pelaksanaan bantuan ini bermula 15 Jun 2026 sebagai fasa pertama, manakala fasa kedua pula sedang dirangka bagi menyokong kelangsungan sektor perindustrian negeri. Untuk semakan lanjut mengenai status permohonan atau panduan penebusan, anda boleh rujuk pengumuman rasmi di selangor.gov.my/pakejdayatah… #KitaSelangor
7
4
12
444
Meneruskan Program Gagasan Rumpun Selangor bersama DYTM Raja Muda Selangor di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), bagi meninjau cadangan menaik taraf infrastruktur denai dan kemudahan ekopelancongan di kawasan tersebut. Seiring pengiktirafan FRIM sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 16 Julai 2025, usaha ini penting bagi memastikan pengurusan kawasan warisan ini terus diperkukuh secara lestari, selamat dan mesra pengunjung. Antara projek yang dicadangkan termasuk pembinaan boardwalk di Denai Salleh serta kerja-kerja pembaikan wakaf di kawasan Paya Burung FRIM. Kawasan tanah lembap yang kaya dengan biodiversiti ini merupakan lokasi penting untuk aktiviti pemerhatian burung, fotografi alam semula jadi, pendidikan alam sekitar dan penyelidikan ekologi. Cadangan penggunaan bahan Fiberglass Reinforced Polymer (FRP) bagi pembinaan boardwalk dan lantai wakaf turut dilihat bersesuaian kerana lebih tahan terhadap kelembapan dan air, mempunyai permukaan anti-gelincir serta memerlukan penyelenggaraan yang minimum. Selain itu, sifatnya yang ringan membantu mengurangkan gangguan terhadap ekosistem sensitif di kawasan tanah lembap. DYTM Raja Muda Selangor turut berkenan menyempurnakan penanaman pokok Merawan Kanching (Hopea subalata), iaitu spesies pokok kayu balak tempatan yang sangat terancam dan diklasifikasikan sebagai Terancam Kritikal (Critically Endangered) kerana taburannya yang amat terhad. Hanya kira-kira 400 pokok matang direkodkan di seluruh negara dan spesies ini dinamakan sempena habitat asalnya yang hanya boleh ditemui secara semula jadi dalam satu kelompok kecil di Hutan Simpan Kanching, Selangor. Semoga usaha ini dapat memperkukuh lagi peranan FRIM sebagai khazanah alam bertaraf dunia, di samping meningkatkan pengalaman ekopelancongan dan pendidikan alam sekitar untuk manfaat rakyat serta pelawat dari dalam dan luar negara. #KitaSelangor #GagasanRumpunSelangor #Gombak
8
6
15
1,214
Dua bulan lalu, Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor (PPDTS) Fasa 1 sebagai langkah proaktif dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik susulan konflik yang berlaku di Timur Tengah. Pakej ini dirangka hasil siri perbincangan dan sesi libat urus yang bermula pada 1 April lalu bersama pakar-pakar dalam bidang sosioekonomi, geopolitik, industri dan tenaga bagi menilai impak semasa serta mengenal pasti langkah intervensi yang bersesuaian untuk rakyat dan ekonomi negeri. Pada peringkat awal, sebanyak RM140 juta diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh program utama yang disusun untuk membantu meringankan kos sara hidup, memperkukuh keterjaminan bekalan makanan serta meningkatkan daya tahan ekonomi negeri. Keputusan ini turut mengambil kira konteks unik Malaysia yang berjaya mengekalkan kestabilan ekonomi hasil pelbagai langkah dan strategi yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan, sekali gus menampan kesan krisis global daripada memberi impak yang lebih besar kepada rakyat. Alhamdulillah, hari ini PPDTS Fasa 1 telah dilancarkan secara rasmi. Semoga segala inisiatif yang diperkenalkan dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat dan menjadi antara ikhtiar penting dalam memastikan kesejahteraan, kestabilan ekonomi serta ketahanan Selangor terus terpelihara, insya-Allah. Layari laman sesawang selangor.gov.my/pakejdayatah… untuk maklumat lanjut. #KitaSelangor
8
7
18
631
Selangor mengorak langkah hari ini ke arah sistem pengurusan sisa yang lebih mampan, moden dan berdaya tahan dengan permulaan operasi Loji Waste-to-Energy Jeram 1 (WTE1). Projek ini merupakan antara inisiatif strategik yang digariskan di bawah Rancangan Selangor Pertama dan kini menjadi kenyataan yang bakal memberi manfaat kepada generasi masa kini dan akan datang. WTE1 berkeupayaan memproses sehingga 1,700 tan sisa pepejal domestik setiap hari sambil menjana sehingga 26MW tenaga elektrik bersih, mencukupi untuk membekalkan tenaga kepada kira-kira 26,000 buah rumah. Pada masa yang sama, loji ini membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dengan mengurangkan kebergantungan kepada kaedah pelupusan sisa secara konvensional di tapak pelupusan. Dengan WTE1 kini beroperasi, WTE2 di Jeram yang sedang menghampiri fasa siap sepenuhnya, serta kemudahan Waste-to-Energy di Tanjung Dua Belas yang sedang dibangunkan, Selangor semakin hampir merealisasikan masa depan di mana sisa tidak lagi dilihat sebagai beban, sebaliknya sebagai sumber bernilai yang boleh ditukar kepada tenaga dan menyokong agenda kelestarian negeri. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Worldwide Holdings Berhad, rakan-rakan strategik, agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, jurutera, perunding serta semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan merealisasikan projek bersejarah ini. Pencapaian ini membuktikan apa yang mampu dicapai apabila sektor awam dan swasta berganding bahu menjayakan visi bersama untuk masa hadapan. Aspirasi Kerajaan Negeri jelas. Kita mahu Selangor terus memimpin bukan sahaja sebagai nadi ekonomi Malaysia, malah sebagai peneraju dalam kelestarian, inovasi dan pemeliharaan alam sekitar. #KitaSelangor
9
7
12
877
Technology can be a boon, but if not managed responsibly, it can be a bane. That formed a large part of my conversation with Hon. Minister Desmond Lee, Minister for Education of Singapore as my team and visited his office at the MoE headquarters. We shared our views on schools being a safe space for our young people, and that safety and mental health are two vital pillars to provide a platform for students to excel. I'm glad that we both believe strongly on the vital linkage between quality of education and dignified jobs for both our peoples. And that education does not begin and end in the classroom, but - due to rapid technological change - is a lifelong process. We dived deep into the idea that technical and vocational education is a modern ticket to success for our students, largely due to both our nations wanting to see Southeast Asia move up the manufacturing value chain into advanced sectors. Both Selangor and Singapore do not have access to vast amounts of land - Singapore more so than Selangor - and that is the reason we see our people as our strength to build upon. If organized strategically, TVET can be the silver bullet to arm the next generation, and I thank Minister Desmond Lee the time and opportunity to meet with his team running ITE College West. I wish Minister Desmond Lee the absolute best, and I'm looking forward to welcoming him in Selangor soon for deeper cooperation, to share the work our team has been doing in areas like early childhood education and providing free tuition to over 165,000 lesser fortunate students resulting in better grades in SPM. #KitaSelangor #Singapore #SRNathanFellowship
8
6
20
885