Ishvinder Singh 🇲🇾 retweeted
Selamat Hari Vaisakhi kepada kaum Sikh dan Selamat Tahun Baru Tamil kepada kaum India.
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor
———
Wishing all Sikhs a very Blessed Vaisakhi and a very Happy Tamil New Year to all Indians.
His Royal Highness Tunku Ismail, The Regent of Johor
Ishvinder Singh 🇲🇾 retweeted
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor pada hari ini, 7 April 2026.
Dalam pertemuan ini, pelbagai isu-isu terkini telah disampaikan dan dibincangkan. Hadir sama adalah Khairy Jamaluddin, Penasihat Belia Johor. Allah Peliharakan Sultan.
———
His Royal Highness Tunku Ismail, The Regent of Johor received in audience the Chief Minister of Johor YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi today, 7 April 2026.
During the meeting, various current issues were presented and discussed. Also present was Johor Youth Advisor Khairy Jamaluddin. Allah Peliharakan Sultan.
Ishvinder Singh 🇲🇾 retweeted
Alhamdulillah.
Dalam keberkatan malam ke-26 Ramadan semalam, saya menerima kunjungan saudara Khairy Jamaluddin, yang hadir menyerahkan surat rayuan untuk kembali bersama UMNO.
Inilah antara makna sebenar Rumah Bangsa. Sebuah ikhtiar untuk menemukan semula yang pernah berpisah, merapatkan kembali yang pernah berjauhan, dan menghimpunkan semula kita dalam satu keluarga besar perjuangan.
Insya-Allah, secara peribadi saya telah menerima permohonan ini dan akan dipanjangkan kepada Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa yang dipengerusikan oleh YB Dato’ Seri Haji Mohamed Khaled Nordin untuk diperhalusi dan diperakukan sewajarnya.
Dalam perjalanan perjuangan ini, seperti yang sering saya sebut - biduk lalu, kiambang bertaut. Yang lebih utama ialah mencari jalan penyatuan, bukan membiarkan perpecahan terus memisahkan kita.
Mudah-mudahan Rumah Bangsa menjadi asas untuk kita mempertemukan semula hati-hati yang pernah terpisah, memperkukuh saf perjuangan, dan mengembalikan kekuatan UMNO sebagai induk politik orang Melayu dan umat Islam di tanah air ini.
#RumahBangsa
#UMNO
Ishvinder Singh 🇲🇾 retweeted
KJ, Nazri arrive with Akmal at Umno Youth AGM
#FMTNews
#FMTNews KJ, Nazri arrive with Akmal at Umno Youth AGM freemalaysiatoday.com/catego…
Ishvinder Singh 🇲🇾 retweeted
Two chiefs sitting side by side but it’s the surprised attendance of former youth chief Khairy Jamaluddin that stole the limelight. On the formal invitation of current chief Akmal Salleh, KJ returned to Dewan Merdeka this morning for the opening of the youth wing convention.😎
Ishvinder Singh 🇲🇾 retweeted
Kerja Gila! Penduduk Bukit Damansara Bantah Pembinaan Bangunan 60 Tingkat! Apa Cerita DBKL! - KJ
Khairy Jamaluddin menyeru Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya meneliti dahulu kesan sampingan sesebuah pembinaan terhadap penduduk sekitar sebelum melaksanakan projek.
#malaysiagazette #DBKL #PendudukBukitDamansara
Video: Adib Omar
Ishvinder Singh 🇲🇾 retweeted
FAM dah ikut proses dan kerjasama dgn FIFA & Kerajaan Malaysia. FIFA pun dah approve sebelum ini tetapi kenapa keputusan bertukar now? Apa yang berlaku sampai tiba-tiba ada keputusan macam ini? Adakah ada entiti luar yang terlibat mempengaruhi keputusan FIFA?
Lagi 1 persoalan, hukuman telah dijatuhkan tanpa memberi sebab2 keputusan. Tambahan lagi FIFA cepat untuk mengeluarkan keputusan tersebut dalam public domain walaupun proses rayuan belum selesai. Who was in New York? Saya berharap FAM akan membuat rayuan secepat mungkin. Ini adalah surat pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara. Tak kan kita takut dan nak tunduk dgn individu2 yang khuatir dengan kebangkitan Harimau Malaya. Lawan tetap lawan. Berani kerana benar.
Ishvinder Singh 🇲🇾 retweeted
Fulcrum Commentary by Khairy Jamaluddin @Khairykj - Ahead of the 2027 general elections, Malaysia’s political parties are seeking to anoint their respective prime ministerial candidates. This obsession risks missing the forest for the trees. fulcrum.sg/malaysias-ongoing…
Ishvinder Singh 🇲🇾 retweeted
Thank you for having me @keluarsekejap! Enjoyed the chat (including the tragic portions on Man Utd haha) 🙌🏽
Full ep out on all your fav podcast platforms!
P/S: Could we do a crossover episode with #BolaItuLife soon? 🙏🏽@khairykj @ShahrilHamdan
Ishvinder Singh 🇲🇾 retweeted
Teringat ramai orang yang memanggil KJ sebagai “ular” atau “opportunist”.
Terbukti hari ini selepas KJ dipecat dia masih setia pada parti. Tidak masuk mana mana parti seperti individu individu lain TSNO dan TSAM.
Ishvinder Singh 🇲🇾 retweeted
KJ Sibuk Sehingga Akhir Tahun, Belum Fikir Kembali Ke Kancah Politik
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa beliau kini memberi sepenuh tumpuan kepada pelbagai projek kerja yang sedang diusahakan. Katanya, beliau berasa gembira dengan apa yang sedang dilakukan ketika ini dan tidak merancang untuk kembali menyertai politik sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini.
#malaysiagazette #khairyjamaluddin
Video : Muhammad Faiz
Ishvinder Singh 🇲🇾 retweeted
KJ dipecat, dituduh khianat. Tapi hingga kini masih setia dengan UMNO.
Zafrul? Kalah PRU, dilantik menteri, diangkat sebagai Ketua Bahagian, MKT. Tapi tetap lari ke PKR.
Yang dikata pengkhianat, masih setia.
Yang dijulang, paling cepat lari bila tempat disana lebih selesa.
Ishvinder Singh 🇲🇾 retweeted
Memberikan penghormatan terakhir kepada sahabat dan negarawan ulung, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, di Masjid Negara.
Usai solat jenazah, saya turut menyertai keluarga besar Allahyarham dalam Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan.
Allahyarham merupakan tokoh besar yang telah mencurahkan sepenuh jiwa dan raga dalam mengemudi negara dengan penuh kebijaksanaan, ketulusan dan nilai-nilai murni.
Sumbangan besar dan jasa Allahyarham kepada negara akan terus dikenang oleh rakyat keseluruhannnya.
Sekali lagi kepada Tun Jeanne, anakanda Kamaluddin, Nori dan Khairy serta seluruh keluarga Allahyarham, saya dan Azizah ucapkan takziah atas kehilangan ini.
Semoga ruh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin, diampunkan segala dosanya dan dikurniakan ganjaran syurga atas segala kebajikan yang telah ditabur sepanjang hayat beliau.
Al-Fatihah.
Ishvinder Singh 🇲🇾 retweeted
Lebuhraya Bandar Cassia di Pulau Pinang dinamakan sebagai Jalan Tun Abdullah Ahmad Badawi, bendera negeri dikibar separuh tiang pada Jumaat - Ketua Menteri
Ishvinder Singh 🇲🇾 retweeted
Michelle Yeoh memang ada special bond dengan Tun Abdullah dan keluarga. Tun banyak sokong perjalanan karier Michelle.
Ishvinder Singh 🇲🇾 retweeted
Terima kasih atas segala budi dan jasa Pak Lah untuk negara. Semoga Allah merahmati dan mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Selamat berpulang ke negeri abadi. Al-Fatihah
#BuletinTV3 #PakLah #PM5 #AlFatihah #PerginyaTunAbdullah #TunAbdullahAhmadBadawi
Ishvinder Singh 🇲🇾 retweeted
Expressing the insights and heartfelt wishes of the late Tun Endon from the perspective of Dato Leela Mohd Ali:
I remember clearly the many times that Tun Endon would say after she had had a PET- CT scan how she wished that the people of Malaysia could also benefit from the access to the new technology and nuclear medicine offered by Dr Robert’s and his team. She followed up by urging and persuading Tun Abdullah to make Nuclear medicine and PET-CT scan available in Malaysia. The first PET-CT scan was installed in Putrajaya Hospital.
I remember her saying to Tun Abdullah that she hoped that as PM he could and would set up a National Cancer Institute for the good of all Malaysians as cancer was striking lots of Malaysians.
Tun Endon benefited from Manual Lymphedema Drainage ( MLD) after her lymph nodes were removed during mastectomy She generously shared this healing experience with breast cancer patients at Putrajaya Hospital by bringing over her physiotherapist Ninfa from St John’s Hospital Santa Monica to serve as at Putrajaya Hospital.
She instructed Yayasan Budi Penyayang Malaysia a Foundation (PENYAYANG) founded by her to take care of all Ninfa’s expenses. In addition she invited Gaunter Klose of the Lymphedema Association of Northern America ( LANA) to collaborate with PENYAYANG to train local physiotherapists in MLD In 2007 PENYAYANG collaborated with the Ministry of Health (KKM) to conduct the first MLD beginners course and in the following year the advanced course was conducted for the first batch on 20 therapists who served in leading Malaysian hospitals. This has gone on since PENYAYANG has sent three therapists for training as trainers and they are able to impart MLD skills. Currently PENYAYANG and UNIPEG UKM working with the Faculty of Applied Medical Scieces have obtained approval from the Senate of UKM to conduct MLD courses as a specialism.
Through the bequest and expressed wish of the late Tun Endon and with the constant encouragement and approval of the late Tun Abdullah Badawi, PENYAYANG has set up Positive Image outlets to offer paraphernalia needed by cancer patients at subsidised prices. PENYAYANG runs the services of a volunteer corp at Institute Kanser Negara (IKN) and a free shuttle service for patients to the PET-CT SCAN Centre at Putrajaya Hospital. These are only some of the benefits that Tun Abdullah and Tun Endon have offered to Cancer stricken patients in Malaysia.
Having been her caregiver together with TS Dr Hisham Abdullah and Dato Dr Sanjiv Doshi I feel it incumbent on me to express to all Malaysians how this dedicated and caring couple have always had the welfare comfort and care of cancer patients in central focus. They have done yeoman’s service for the care of cancer patients caregivers and their families. May Allah place them in the best place in jannah among the blessed.
My expressed wish is that the National Cancer Institute be named after one of them and I’m sure Malaysians will join me in expressing the same wish. It will be a befitting tribute to both these KIND Tun(s) to have IKN as Institut Kanser Tun Endon OR Institut Kanser Tun Abdullah
Dato Leela Mohd Ali
Chief Executive Officer
Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG)
Ishvinder Singh 🇲🇾 retweeted
Malaysia mourns the loss of a quiet giant.
Tun Abdullah Ahmad Badawi, our 5th Prime Minister, has passed away.
We called him Pak Lah.
A leader who showed us that strength doesn’t always need to be loud. 😢🇲🇾
Ishvinder Singh 🇲🇾 retweeted
Saya baru menerima berita yang amat menyentak jiwa iaitu sahabat saya yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi telah kembali menemui ilahi.
Masih segar di ingatan tatkala kali terakhir menziarahi beliau yang berada dalam keadaan yang sangat uzur lantas meruntun jiwa yang hiba.
Namun saat tangan kami bersentuhan, matanya yang kabur masih memancarkan sinar kasih dan sikap damai yang tidak pernah padam.
Dalam derapan langkah politik yang sering gawat dan menyesakkan, Pak Lah sentiasa menjadi pihak yang menenangkan. Beliau menerima saya dengan penuh adab dan ihsan, meski kami pernah berada di medan politik yang bertentangan. Itulah betapa besarnya jiwa seorang negarawan ulung.
Pak Lah tidak sekadar pemimpin, malah merupakan seorang insan berjiwa besar yang menerapkan naratif baru dalam politik kekuasaan di Malaysia.
Dengan pendekatan Islam Hadhari, beliau menjambatani antara aspek kemajuan dan pembangunan dengan nilai.
Di bawah kepemimpinannya, kita telah menyaksikan reformasi di bidang kehakiman, ketelusan dalam pentadbiran, dan pemerkasaan institusi.
Beliau adalah sosok yang memerdekakan suara rakyat melalui pembukaan ruang media dan penyertaan awam. Pentadbiran beliau berpaksi pada Rancangan Malaysia Kesembilan yang memacu pertumbuhan ekonomi serta memfokuskan pembangunan insan dan di pedesaan.
Namun lebih dari segala pencapaian itu, Pak Lah mengajarkan kita erti kemanusiaan dalam kepemimpinan.
Beliau memimpin dengan wajah yang tidak marah, tangan yang tidak menggenggam kuasa, dan suara yang tidak meninggi meski diasak bertubi-tubi.
Saya masih ingat sewaktu saya sendiri bergelut dalam episod hidup yang gelap dan derita, beliau tidak pernah menambah luka dengan kata-kata nista. Itulah peribadi Pak Lah yang sentiasa memilih damai meski mudah untuk membalas.
Kepada keluarga Tun Jeanne, anakanda Khairy Jamaluddin dan keluarga besar beliau, saya ucapkan takziah setulusnya dari lubuk hati. Seluruh negara turut bersedih atas kehilangan seorang negarawan yang membumi.
Selamat jalan, Pak Lah.
Malaysia terhutang budi kepada jasa dan budi bicaramu. Semoga ruh allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin, diampunkan segala dosanya dan dikurniakan ganjaran syurga atas segala kebajikan yang telah ditabur sepanjang hayat beliau.
ANWAR IBRAHIM
Ishvinder Singh 🇲🇾 retweeted
Almarhum Tun Abdullah Ahmad Badawi telah pergi dalam tenang, meninggalkan negara dalam duka yang dalam.
Gugur satu bintang, negarawan berjiwa luhur, pemimpin penuh hikmah.
Kami titipkan Al-Fatihah, dengan doa yang tidak akan putus. Semoga rohmu dihimpunkan bersama para solihin
*Lagu iringan merupakan sajak bertajuk ‘Ku Cari Damai Abadi’ hasil nukilan Pak Lah yang dinyanyikan oleh Ramli Sarip
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja















































