i (@macadamyaaaa) header
i (@macadamyaaaa) profile picture

dm for paid rt/review/Kols/travel 📩

Joined March 2023
Photo by i (@macadamyaaaa)Photo by i (@macadamyaaaa)Photo by i (@macadamyaaaa)Photo by i (@macadamyaaaa)Photo by i (@macadamyaaaa)Photo by i (@macadamyaaaa)Photo by i (@macadamyaaaa)Photo by i (@macadamyaaaa)Photo by i (@macadamyaaaa)Photo by i (@macadamyaaaa)
sunrise 🌅
2
1
109
1,814
Festival Idea Putrajaya (FOI) 2026 berlangsung pada 17-19 November 2026 di PICC Putrajaya. Semua dijemput hadir. Masuk adalah PERCUMA.
15
38
447
IDEA HARI INI UNTUK MASA HADAPAN MALAYSIA 💡🇲🇾 Festival Idea Putrajaya (FOI) 2026 yang bakal menghimpunkan pelbagai idea, pemikiran kreatif, inovasi dan aspirasi dalam membentuk masa hadapan negara. 📅 17 – 19 November 2026 (Selasa – Khamis) ⏰ 9.00 pagi – 6.00 petang 📍 Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Pelbagai pengisian menarik menanti anda! Kita jumpa di sana. Masuk adalah PERCUMA❗️ “Malaysia Masa Hadapan: Menggagas Teknologi, Mengangkat Insani” #PutrajayaFOI2026
8
17
40
630
Sekitar Pengumuman Keputusan PRN Melaka.
21
45
799
FOI 2026 2 Hari lagi FESTIVAL IDEA PUTRAJAYA 2026 : IDEA, INOVASI DAN INSPIRASI, SEMUANYA ADA DI SINI📣📣📣 Kurang daripada 48 jam lagi sebelum Festival Idea Putrajaya (FOI) 2026 menggegar Putrajaya! Ayuh bersama-sama menjadi sebahagian daripada festival yang menghimpunkan pemikiran bernas, idea kreatif, inovasi dan teknologi dalam membentuk masa hadapan negara dengan pelbagai pengisian menarik menanti anda, antaranya: 🤖 IdeaTech Showcase 💡 Wall of Tunnel dan Wall of Ideas 🎓 Mini Karnival Jom Masuk Universiti 🕵️‍♀️ Karnival Kerjaya .... dan banyak lagi! 📅 17 – 19 November 2026 (Selasa – Khamis) ⏰ 9.00 pagi – 6.00 petang 📍 Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) 🌟 SEMUA DIJEMPUT HADIR! “Malaysia Masa Hadapan: Menggagas Teknologi, Mengangkat Insani” #PutrajayaFOI2026
8
21
30
534
Esok, 14 November 2026, rakyat Melaka akan keluar menunaikan tanggungjawab untuk menentukan hala tuju negeri bagi tahun-tahun mendatang. Setelah hampir dua minggu berkempen, kini tibalah masanya untuk rakyat membuat keputusan. Alhamdulillah, sepanjang tempoh ini, Barisan Nasional telah turun ke segenap lapisan masyarakat, mendengar suara rakyat dan menyampaikan tawaran terbaik untuk masa depan Melaka. Demi kestabilan, kesinambungan pembangunan dan kesejahteraan rakyat Melaka, saya memohon agar memberikan kepercayaan kepada calon-calon Barisan Nasional untuk meneruskan agenda pembangunan, memelihara kestabilan dan memastikan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan. Terima kasih kepada seluruh petugas pilihan raya, dan petugas keselamatan atas kerjasama anda semua dalam memastikan kelancaran PRN Melaka kali ini. Kepada semua jentera dan petugas Barisan Nasional, FOBN dan rakan-rakan, setinggi penghargaan atas segala usaha dan pengorbanan sepanjang tempoh berkempen. Semoga segala penat lelah ini membuahkan hasil yang baik. Selamat mengundi warga Melaka. Kita Birukan Melaka. #PRNMelaka #BarisanNasional #BNSayangRakyat #KitaGengBiru #BirukanMelaka
🤖 Made with AI
23
24
668
sunrise 🌅
2
1
109
1,814
nak tea
3
24
1,580
PRN Melaka kali ini menjadi penentu kepada hala tuju dan masa depan negeri ini untuk tahun-tahun mendatang. Esok, 10 November 2026, anggota keselamatan serta pasangan masing-masing akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal. Setiap undi membawa suara dan harapan rakyat. Tunaikanlah tanggungjawab ini dengan penuh amanah dan kebijaksanaan demi masa depan Melaka yang kita cintai. Semoga proses pengundian berjalan lancar dan dipermudah segala urusan. Buatlah pilihan dengan penuh pertimbangan demi kemakmuran, kestabilan serta kesejahteraan negeri Melaka. Kita Birukan Melaka. Selamat mengundi awal. #BirukanMelaka #PRNMelaka #BNForMelaka
22
42
728
🪔 Selamat Menyambut Hari Deepavali! 🪔 Kepada seluruh masyarakat beragama Hindu yang meraikannya, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali. Semoga perayaan ini membawa sinar kebahagiaan, kedamaian dan kesejahteraan buat anda sekeluarga. Dalam kemeriahan sambutan ini, yang paling bermakna tentunya kasih sayang sesama keluarga, kemesraan antara jiran tetangga dan semangat persaudaraan yang terus menyatukan. Raikanlah bersama keluarga dan insan tersayang. Jangan dilupakan kepada mereka yang memerlukan, semoga kegembiraan perayaan ini dapat diraikan bersama. Selamat Menyambut Hari Deepavali juga khusus buat warga Kementerian Pendidikan Tinggi yang meraikannnya di seluruh negara. “Deepavali Nal Valthukal” ……………………….. My warmest wishes to all Hindus celebrating Deepavali. May this Festival of Lights bring peace, happiness and prosperity to you and your loved ones. As we celebrate, let us continue to strengthen the bonds of unity, kindness and togetherness that make our diverse society so special. “Deepavali Nal Valthukal”
🤖 Made with AI
20
37
556
DIRGAHAYU TUANKU! Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Tahun 2026 Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Patik dengan penuh takzim mendoakan semoga Duli Yang Maha Mulia Tuanku sentiasa dikurniakan keafiatan, dipanjangkan usia dalam keberkatan serta terus berada dalam limpahan rahmat dan inayah Allah SWT. Semoga di bawah naungan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku, Negeri Perak Darul Ridzuan terus aman, makmur dan sejahtera, serta seluruh rakyat sentiasa hidup dalam suasana harmoni dan penuh keberkatan. DAULAT TUANKU!
22
40
632
🌏 MALAYSIA DALAM KELOMPOK 14 DESTINASI PENDIDIKAN TINGGI UTAMA DUNIA! 🇲🇾 Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pilihan pelajar antarabangsa apabila tersenarai dalam kelompok 14 destinasi pendidikan tinggi utama dunia, berdasarkan laporan ICEF Insights 2027. Kedudukan ini mencerminkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pengajian yang menawarkan yuran pengajian lebih berpatutan, kedudukan strategik yang dekat dengan pasaran sumber serta pelbagai tawaran biasiswa kepada pelajar antarabangsa. Dengan kehadiran seramai 159,100 pelajar antarabangsa, Malaysia terus memperkukuh reputasinya sebagai hab pendidikan tinggi global yang berdaya saing dan berkualiti. Malaysia, destinasi ilmu bertaraf dunia! 🌍🎓
21
33
520
Majlis Penyampaian Anugerah Global Educator Award (GEA) 2026. Rabu, 4 November 2026. Dewan Tuanku Canselor, UPSI. youtube.com/live/clUWjnmjFNU…
20
31
921
Salam takziah buat Saudari Husna Syakira binti Abd Halim, bakal graduan Universiti Malaysia Kelantan serta keluarga atas pemergian kedua ibu bapa yang terkorban dalam kemalangan untuk menghadiri majlis konvokesyen di UMK.
11
25
44
1,106
Saya menyampaikan sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 Peringkat Dasar bagi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Dewan Rakyat. Ikuti sesi penggulungan ini secara langsung menerusi pautan berikut: facebook.com/share/v/1A3tDCn… #Belanjawan2027 #KPT #MalaysiaMADANI #doczam facebook.com/share/v/1A3tDCn…
24
45
730
MALAM KEMUNCAK PULARA 2026! Jom datang beramai-ramai malam ini ke Acara Kemuncak Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa (PULARA) 2026! 📅 25 Oktober 2026 (Ahad) ⏰ 9.00 malam 📍 Dataran MADANI, Seri Manjung, Perak Pelbagai persembahan menarik menanti anda, termasuk deklamasi puisi, persembahan lagu rakyat, kesenian tradisional dan persembahan budaya yang menghimpunkan penggiat seni dari dalam dan luar negara. Jangan lupa ajak keluarga dan sahabat handai. Jumpa anda malam ini di Dataran MADANI, Seri Manjung! #PULARA2026 #FestivalPuisiDanLaguRakyatAntarabangsa #Manjung #Lumut #doczam
23
43
766
AYUH, KITA BIRUKAN MELAKA! 🔵💙 Sekitar Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya dan Pengenalan Calon Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 yang berlangsung malam tadi di MITC, Ayer Keroh, Melaka. Majlis ini turut memperkenalkan 21 calon Barisan Nasional secara rasmi bagi menghadapi pilihan raya kali ini, sekali gus menandakan kesiapsiagaan seluruh jentera parti untuk menggalas amanah dan tanggungjawab kepada rakyat Negeri Melaka. Kepada seluruh calon dan jentera BN, teruskan perjuangan dengan semangat dan keikhlasan. Kita kekalkan politik dalam kesederhanaan dan perjuangan untuk rakyat. Perkukuhkan saf muafakat serta melaksanakan tanggungjawab dengan kerja berpasukan dan penuh dedikasi. Ayuh, kita Birukan Melaka! #𝐁𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚𝐧𝐍𝐚𝐬𝐢𝐨𝐧𝐚𝐥 #BirukanMelaka #KitaGengBiru #BNSayangRakyat #PRNMelaka #doczam
23
41
834
PULARA BUKAN SEKADAR SENI DAN BUDAYA, TETAPI JUGA PENGISIAN KEROHANIAN Senario oo oo oo Senario… PULARA bukan sekadar mengangkat seni, adat dan budaya warisan bangsa, tetapi turut memberi penekanan kepada pengisian kerohanian, pembinaan sahsiah dan pengukuhan hubungan sesama masyarakat. Alhamdulillah, pagi tadi saya berkesempatan menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Arfiah, Kampung Batu 3, Segari, Manjung, sempena PULARA 2026. Syukur melihat kehadiran yang cukup menggalakkan daripada penduduk kampung dan para peserta PULARA yang bersama-sama mengimarahkan masjid pada awal pagi. Selesai solat Subuh, program diteruskan dengan ceramah santai bersama Kumpulan Senario sebelum kami menyertai aktiviti brisk walk bersama komuniti setempat. Inilah pendekatan PULARA yang kita bawakan kali ini. Bukan sekadar memperkenalkan seni dan budaya kepada masyarakat, tetapi membawa pelbagai aktiviti terus ke kampung-kampung, mendekati penduduk dan menghidupkan semangat kebersamaan. Kita mahu PULARA menjadi wadah yang menyatukan seni, budaya, kerohanian dan kehidupan bermasyarakat. Semoga segala usaha ini mendapat keberkatan Allah SWT. Banyak lagi acara menarik di sekitar Manjung dalam program PULARA kali ini. Jom semua. #PULARA2026 #FestivalPuisiLaguRakyat #SolatSubuhBriskWalk #Manjung #Lumut
11
23
42
925
JOM BERAMAI-RAMAI MERIAHKAN PULARA 2026! Saya ingin menjemput semua untuk datang beramai-ramai ke Manjung bagi memeriahkan Festival Puisi dan Lagu Rakyat (PULARA) 2026 yang berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober 2026. Pelbagai program, persembahan seni budaya, puisi, lagu rakyat serta aktiviti menarik menanti anda semua sepanjang tiga hari penganjuran festival ini. PULARA bukan sekadar festival seni dan budaya, tetapi juga medan untuk kita mengangkat warisan bangsa, menghargai keindahan bahasa dan sastera serta memperkenalkan keunikan budaya tempatan kepada masyarakat. Jadi, jangan lepaskan peluang! Bawa keluarga, ajak sahabat handai dan datanglah beramai-ramai untuk bersama-sama memeriahkan PULARA 2026. Jumpa anda di Manjung! #PULARA2026 #Manjung #SeniBudaya #WarisanBangsa #Lumut #KPT #doczam
10
22
40
1,169
post malam sebab semua tidur
6
5
278
8,628