Pinned Tweet
finally, i found mee kicap that suitable with my taste. i thought this is the best restaurant that i've ever visited πβ€οΈ
πMee Kicap Ipoh, Southville City Bangi
Pembinaan negara bangsa bukan benda yg bole bergantung pada satu generasi jekk korang
Persidangan Pembinaan Negara Bangsa 2026 akan berlangsung pada 30 November hingga 2 Disember 2026 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Persidangan ini menjadi wadah untuk menyatukan pemikiran, memperkukuh iltizam serta merangka hala tuju pembinaan Negara Bangsa yang berteraskan semangat patriotisme, kesetiaan kepada negara dan penghormatan terhadap kepelbagaian.
Kita tak perlu sama untuk bersama.
Bersama Membina Negara Bangsa. π²πΎ
89
Nostalgia mainan zaman dulu dgn teknologi zaman skng dalam satu pameran msti lagi best
Pameran Omocha: Mainan Jepun Masa Kini anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium Malaysia dengan kerjasama Japan Foundation dibuka kepada pengunjung sehingga 13 Disember 2026 di Muzium Perak, Taiping, Perak, mulai jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Pameran ini memperkenalkan keunikan budaya permainan Jepun serta evolusinya daripada permainan analog dan mekanikal kepada permainan berasaskan teknologi digital, di samping memperkukuh hubungan kebudayaan dan persahabatan Malaysia-Jepun.
143
Bak kata orang tak kenal maka tak cinta. So sometimes kita kena experience sendiri baru faham kenapa sesuatu budaya tu very special
Ayuh meriahkan Sambutan Hari Deepavali Tahun 2026 Peringkat Kebangsaan bertemakan βCahaya Deepavali, Semarak Perpaduanβ pada 14 November (Sabtu) di Little India, Brickfields, Kuala Lumpur, yang akan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri.
Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung termasuk persembahan kebudayaan, pameran rumah etnik, peragaan fesyen, demonstrasi seni mempertahankan diri serta Konsert Malam Cahaya 2026.
112
Budak zaman sekarang kena experience benda macam ni jugak baru tau macam mana kehidupan sebelum semuanya jadi moden macam sekarang ni
Jom imbau kembali suasana kehidupan desa menerusi program Nostalgia Anak Kampung: Kerja Kampung anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium Malaysia yang akan berlangsung pada 6 hingga 8 November 2026 di Muzium Negara.
Pelbagai pengisian menarik menanti pengunjung termasuk pameran, bengkel, demonstrasi kerja kampung, permainan tradisional, pertandingan, persembahan kebudayaan serta aktiviti interaktif yang mengetengahkan keunikan warisan dan kehidupan masyarakat desa.
177
More love, less judgement. Selamat menyambut Deepavali buat semua yg meraikan!
Dalam keunikan Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian kaum, agama, bahasa dan budaya, setiap perayaan menjadi ruang untuk kita saling mengenali, menghormati dan meraikan keistimewaan yang membentuk identiti bersama sebagai sebuah negara bangsa.
Berbeza cahaya, bersatu jiwa. Kepelbagaian diraikan, perpaduan diperkukuh.
Iklan khas terbitan Kementerian Perpaduan Negara sempena sambutan Deepavali.
Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada seluruh masyarakat Hindu di Malaysia. Semoga cahaya Deepavali terus menyinari kehidupan dan memperkukuh keharmonian kita bersama.
Bersama Membina Negara Bangsa.
117
Library skng kena lbih drpd tmpt pinjam buku biar jadi tmpt yg org mmg suka dtg lepak smbil tambah ilmu.
Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) terus komited memperkasakan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi penganjuran Karnival Membaca Perdana yang diperkenalkan pada tahun 2024 dengan pendekatan lebih inklusif, santai dan interaktif ke arah melahirkan masyarakat berilmu serta membina negara bangsa yang bersatu padu.
Komitmen ini diterjemahkan melalui pelaksanaan pelbagai program galakan membaca yang terus menunjukkan peningkatan memberangsangkan, dengan jumlah penyertaan meningkat daripada 112,408 pada tahun 2023 kepada 422,994 pada tahun 2025. Usaha ini turut diperkukuh melalui pembangunan Indeks Membaca Kebangsaan (IMK), penambahbaikan perkhidmatan penerbitan serta pengukuhan ekosistem perpustakaan negara.
1
223
Budak muda pun mainkan peranan pnting tau xsemestinya kena tunggu dh berumur bru nk amik tau pasal kawasan tempat tinggal sendiri.
Kawasan Rukun Tetangga (KRT) terus memainkan peranan penting sebagai penggerak perpaduan, kesejahteraan masyarakat dan pembangunan komuniti progresif di peringkat akar umbi.
Sehingga kini, sebanyak 8,670 KRT telah ditubuhkan di seluruh negara dengan lebih 101,000 aktiviti dilaksanakan sepanjang tahun 2025. Kerajaan turut mengumumkan peningkatan Geran KRT Aktif daripada RM6,000 kepada RM10,000 setahun mulai 2027 bagi memperkasa pelaksanaan aktiviti komuniti.
156
not gonna lie, best jugak bila game tradisional macam sepak raga bulatan dengan dam aji masih diberi ruang.
Liga Sukan Uniti Tahun 2026 Peringkat Negeri Sarawak anjuran Kementerian Perpaduan Negara akan berlangsung pada 25 Oktober bertempat di Sentosa Sport Centre, Kuching.
Penganjuran ini bertujuan menggalakkan masyarakat bersukan, memelihara permainan warisan budaya serta memperkukuh hubungan antara rakyat pelbagai kaum dalam usaha membina negara bangsa yang bersatu padu.
127
Korang pernah dengar pasal etnik Kensui dekat Kedah tak? Aku pun rasa ramai yang belum familiar so menarik jugak bila ada dokumentari yang highlight masyarakat macam ni.
Saksikan Dokumentari Semarak Perpaduan Etnik Minoriti Malaysia yang mengetengahkan Etnik Kensui Kedah menerusi siaran TV1, TV2 dan OKEY.
Dokumentari ini merupakan sebahagian daripada usaha mengetengahkan kepelbagaian etnik minoriti di Malaysia serta menghargai keunikan budaya dan warisan masyarakat dalam usaha membina negara bangsa.
Ikuti dokumentari ini mengikut jadual siaran yang tertera.
109
Malaysia ni bnyk sejarah menarik act and rugi if semua tu tersimpan tapi xramai org tau nk cari kat mana
Pemerkasaan Arkib Negara Malaysia (ANM) terus menjadi keutamaan Kementerian Perpaduan Negara dalam usaha memelihara khazanah sejarah dan warisan negara serta memperkukuh peranannya dalam pembinaan negara bangsa.
Pelbagai usaha sedang dan akan dilaksanakan, merangkumi projek pembangunan dan penaiktarafan kemudahan arkib, pengembangan koleksi serta pendigitalan bahan sejarah, di samping penambahbaikan kerangka perundangan berkaitan pengurusan rekod negara.
111
Isu jiran ni nampak kecik bagi orang luar tapi yg duduk sebelah sebelah tu yg kena ngadap tiap hari sbb tu bgus kalau ad saluran gini
Mediasi Komuniti merupakan salah satu inisiatif Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi membantu masyarakat menyelesaikan pertikaian secara aman dan harmoni tanpa melalui proses mahkamah.
Bagi tempoh 2023 hingga 2026, seramai 617 Mediator Komuniti telah ditauliahkan dan sebanyak 521 kes berkaitan komuniti serta kejiranan berjaya diselesaikan melalui mediasi.
Dalam usaha memperluas perkhidmatan ini, Pusat Mediasi Komuniti Perumahan Awam Seri Kota, Kuala Lumpur telah menjadi pusat ke-11 JPNIN, dengan perancangan penambahan 12 pusat baharu di seluruh negara pada tahun ini bagi memperkukuh keharmonian masyarakat dan hubungan kejiranan.
323
Different roots, one home. Inilah Malaysia yg patut kita jaga sama-sama.
Malaysia lahir daripada kepelbagaian lebih 200 etnik yang kaya dengan bahasa, budaya, dan warisan.
Walau berbeza latar belakang, kita disatukan menerusi perkongsian identiti nasional yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.Β
Kita tidak perlu menjadi sama untuk bersama, kerana kepelbagaian ialah kekuatan kita dalam membina sebuah Negara Bangsa yang harmoni dan kukuh.
1
150
suka konsep student turun sendiri macam ni coz boleh kenal realiti masyarakat yg berbeza daripada kehidupan diorang sendiri
Program MADANI Berkhidmat: Misi Sukarelawan Siswa YSS-ASEAN ke Johor dan Negeri Sembilan 2026 anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) berlangsung dari 16 Oktober hingga 2 November 2026 di lima lokasi sekitar Johor dan Negeri Sembilan.
Misi ini melibatkan 50 orang sukarelawan siswa daripada institusi pendidikan tinggi tempatan serta pelajar antarabangsa dari Vietnam yang akan melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan berdasarkan keperluan komuniti setempat.
Inisiatif ini bertujuan memperkukuh semangat kesukarelawanan, menghargai kepelbagaian budaya serta memupuk nilai perpaduan dalam kalangan generasi muda.
178
Bila pikir pasal future Malaysia ni mestilah kita nk tgk negara makin maju kan but at the same time hope smua dapat peluang utk maju sama ii
βNationhood, Unity and Malaysiaβs Shared Futureβ merupakan tema Dialog Seri Negara anjuran Chevening Alumni Malaysia dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara yang mengetengahkan kepentingan pembinaan negara bangsa, perpaduan nasional serta masa depan Malaysia.
Antara perkara yang diketengahkan menerusi dialog ini ialah pengukuhan identiti nasional, kepelbagaian sebagai kekuatan, cabaran perpaduan, pembangunan yang saksama serta peranan pendidikan dan kewarganegaraan digital dalam membina masyarakat yang harmoni.
Menjelang 100 tahun pembentukan Malaysia pada 2063, usaha membina negara bangsa perlu terus diperkukuh agar setiap rakyat Malaysia dapat berkongsi rasa kebersamaan, tanggungjawab dan aspirasi terhadap masa depan negara.
265
Kita selalu cakap nak preserve warisan negara. Tapi nak preserve, kena kenal dulu apa yang kita ada.
Apa yang tersimpan di sebalik gua dan batuan berusia jutaan tahun?
Lebih daripada sekadar formasi alam, di sinilah tersimpan jejak kehidupan, sejarah dan warisan yang membentuk cerita bumi Malaysia.
KPN melalui Jabatan Muzium Malaysia (JMM) membawakan Pameran Khazanah Kars Malaysia, meneroka dunia gua dan kars yang penuh dengan keajaiban geologi, biodiversiti, penemuan arkeologi serta kisah sejarah dan budaya masyarakat kita.
Pameran ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan gua dan kawasan kars sebagai warisan semula jadi negara yang mempunyai nilai geologi, biodiversiti dan arkeologi, di samping memperkukuh usaha pemeliharaannya untuk kepentingan sains, pendidikan, sejarah, budaya dan pelancongan.
Kerajaan juga komited untuk menghidupkan muzium sebagai ruang ilmu dan ruang yang menjadikan khazanah negara lebih dekat, interaktif dan relevan kepada generasi hari ini dan masa hadapan.
π
1 Oktober β 31 Disember 2026
Ajak keluarga dan kawan-kawan, selami khazanah yang terbentuk sejak jutaan tahun lalu dan temui sisi Malaysia yang mungkin belum pernah anda kenali.
Datang. Teroka. Hargai. Pelihara. Kerana khazanah ini milik kita bersama.
#MalaysiaMadani
#NegaraBangsa
#MADANIBekerja
#RancakkanMADANI
161
Korang yg suka tulis cerpen tu bengkel penulisan ni boleh jadi tempat untuk korang upgrade skill tau
Karnival Citra Penulis 2026: Pena Warisan, Inspirasi Perpaduan anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia akan berlangsung pada 8 hingga 10 Oktober, dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang di Perpustakaan Negara Malaysia.
Pelbagai pengisian menarik menanti termasuk pesta buku, bengkel penulisan kreatif, diskusi penulis, tayangan drama adaptasi βDari Pena ke Layarβ serta Eksplorasi Digital bersama Prof. Datuk Chef Fazley Yaakob.
Turut diadakan Bazar Selera dan Jualan RAHMAH serta kaunter derma darah.
Jumpa anda di Karnival Citra Penulis 2026!
174
Kalau pameran ni ada rekod Pestabola Merdeka zaman awal, korang boleh gi tengok. Tournament tu pernah ada prestij besar kat asia.
Pameran Bola Merdeka: Satu Inspirasi anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium Malaysia sedang berlangsung mulai 31 Ogos hingga 31 Disember 2026 di Galeri 1, Jabatan Muzium Malaysia, Kuala Lumpur.
Bola sepak bukan sekadar permainan, tetapi menjadi medium yang menyatukan rakyat Malaysia. Sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi, bola sepak telah menjadi sebahagian daripada denyut nadi masyarakat, merentasi kaum, agama dan latar belakang.
Ayuh kunjungi pameran ini dan hayati perjalanan serta perkembangan bola sepak negara yang menjadi sebahagian daripada sejarah pembinaan negara bangsa.
Kemasukan adalah percuma!
312
Permainan tradisional ni sebenarnya banyak ajar teamwork dengan kreativiti. Dulu takde smartphone dengan gajet mahal pun dah boleh seronok satu kampung.
Kenali kepelbagaian budaya dan warisan yang menjadi sebahagian daripada identiti masyarakat Malaysia menerusi Pameran Rona Jiwa Malaysia: Bersama Membina Negara Bangsa, anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia.
Pameran ini mengetengahkan keunikan 13 negeri melalui sejarah, pakaian dan alat muzik tradisional, budaya kesenian serta permainan warisan dalam menyemai semangat kebersamaan dan saling menghormati.
Tarikh: 3 Ogos β 19 September 2026
Masa: 10.00 pagi β 7.00 malam
Lokasi: Ruang Pameran, Aras 1, Bangunan Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia
Berbeza Rona, Satu Jiwa Malaysia!
301










































