Sam retweeted
Di akhirat kelak, jika kita berjaya menyeberangi titian sirat dengan selamat, kita akan ditahan pula di satu tempat bernama qantarah (persinggahan).
Qantarah ni terletak di antara syurga dengan neraka. Ia tempat untuk membersihkan kita sebersih-bersihnya iaitu dengan menyelesaikan perselisihan yang berlaku sesama manusia di dunia yang belum selesai. Dah selesai urusan, baru kita diizinkan untuk masuk ke dalam syurga.
Keadaan kita ketika itu, sebolehnya kita nak segala urusan kita dipercepatkan dan dipermudahkan. Jiwa dah meronta-ronta nak masuk syurga. Namun disebabkan urusan di dunia yang belum selesai, kita terpaksa menunggu.
Bayangkan jika kita banyak menuntut dan dituntut pengadilan di akhirat. Berapa lama harus menunggu?
Jaga hubungan kita dengan Allah, dan jaga hubungan kita sesama manusia. Jangan zalimi diri kita dengan menzalimi orang lain.
Allah itu Maha Pengampun, tapi belum tentu hambaNya mampu memaafkan kita. Maka sebaiknya, segala pertelingkahan, persengketaan dan salah silap kita sesama manusia cuba selesaikan di dunia.
Buanglah ego dan rendahkan diri. Selamatkan akhirat kita.














