Eden Moon retweeted
Alhamdulillah, hari ini saya kembali ke Masjid Putra, Putrajaya bagi menghadiri Majlis Khatam Sama‘ Hadis Jami‘ Al-Tirmidhi dan Al-Syamail Al Muhammadiyyah Peringkat Antarabangsa 2026, yang berlangsung selama 10 hari sejak 13 November lalu.
Majlis dimulakan dengan tausiah oleh Menteri Waqaf Mesir Al-‘Allamah Syeikh Dr. Usama al-Sayyid al-Azhari,, diikuti Syarahan Perdana dan pengijazahan oleh Mufti Besar India Al-‘Allamah Syeikh Abu Bakar bin Ahmad al-Malibari.
Saya menghargai sumbangan kedua-dua tokoh ulama ini dalam mengingatkan kita tentang pentingnya memelihara ilmu, menghidupkan tradisi pengajian hadis serta menjadikan adab dan akhlak sebagai sebahagian daripada kehidupan.
Penganjuran ini merupakan kesinambungan usaha Kerajaan MADANI sejak 2024, bermula dengan Sahih al-Bukhari, diikuti Sahih Muslim pada 2025 dan Jami‘ Al-Tirmidhi serta Al-Syamail Al-Muhammadiyyah pada tahun ini. Hasratnya adalah untuk mendekatkan masyarakat kepada warisan Rasulullah SAW melalui bimbingan para ulama.
Ilmu tidak seharusnya terhenti pada bacaan dan pendengaran semata-mata. Ia perlu difahami, dihayati dan diterjemahkan dalam amalan, termasuk dalam cara kita memimpin, melaksanakan tanggungjawab dan berhubung sesama insan.
Mudah-mudahan tradisi ilmu ini terus subur di tanah air, membentuk masyarakat yang beradab, memperkukuh nilai amanah dan keadilan serta menjadi asas kepada kesejahteraan negara. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada Malaysia. Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Dalam sebuah demokrasi, pengaruh ekonomi perlu diseimbangkan dengan prinsip keadilan, ketelusan, akauntabiliti dan kepentingan rakyat.
Eden Moon retweeted
Dalam sebuah demokrasi, pengaruh ekonomi perlu diseimbangkan dengan prinsip keadilan, ketelusan, akauntabiliti dan kepentingan rakyat.
Isu 10,000 pelarian Rohingya kini menjadi kontroversi apabila Turkiye menafikan kenyataan Zahid Hamidi.
Persoalannya, bagaimana kenyataan sebesar ini boleh dibuat tanpa penjelasan yang jelas sehingga mencetuskan polemik diplomatik?
Eden Moon retweeted
Menerima kunjungan hormat Chief of Army Staff dan Chief of Defence Forces Pakistan, Field Marshal Syed Asim Munir serta merakamkan ucapan tahniah atas pemasyhuran beliau ke ‘Hall of Fame’ Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) Malaysia.
Pertemuan ini membuka ruang untuk kami bertukar pandangan terkait perkembangan keselamatan serantau dan antarabangsa, termasuk usaha meredakan ketegangan di Asia Barat, kepentingan menjamin keselamatan maritim global serta keperluan mengutamakan dialog dan kawalan diri dalam menangani ketegangan di sempadan, dengan menghormati kedaulatan negara dan melindungi orang awam.
Malaysia dan Pakistan turut berkongsi komitmen untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang pertahanan dan keselamatan, termasuk melalui kerjasama tiga hala bersama Türkiye, selain meneroka ruang kolaborasi dalam keselamatan maritim dan usaha membanteras keganasan.
Kerjasama erat ini penting dalam mendukung keamanan, kestabilan dan keselamatan bersama, khususnya di rantau ini.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
#DiplomasiMADANI
Eden Moon retweeted
Isu 10,000 pelarian Rohingya kini menjadi kontroversi apabila Turkiye menafikan kenyataan Zahid Hamidi.
Persoalannya, bagaimana kenyataan sebesar ini boleh dibuat tanpa penjelasan yang jelas sehingga mencetuskan polemik diplomatik?
Eden Moon retweeted
Selamat maju jaya kepada semua anak-anak yang mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 hari ini. Terjemahkan segala usaha, pengorbanan dan persediaan selama ini dengan sebaiknya.
Kekal tenang, yakin pada kemampuan diri dan jawab setiap soalan dengan teliti. Teruskan berdoa dan mohon restu ibu bapa serta guru. Semoga segala urusan dipermudah dan dikurniakan kejayaan, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
#YakinMADANI
Bila Dewan Ulama PAS bertegas GST adalah haram, tetapi BN-PN pula dengan cadangan pelaksanaan semula GST, rakyat berhak bertanya: Di mana pendirian sebenar?
Eden Moon retweeted
Bila Dewan Ulama PAS bertegas GST adalah haram, tetapi BN-PN pula dengan cadangan pelaksanaan semula GST, rakyat berhak bertanya: Di mana pendirian sebenar?
Eden Moon retweeted
Saya telah menghadiri Sidang Kemuncak APEC 2026 yang lalu di Shenzhen, Republik Rakyat China.
Dalam sidang tersebut, saya menegaskan bahawa kerjasama ekonomi di Asia Pasifik mesti berpaksi pada keadilan. Bagi Malaysia, ukuran kemajuan ialah sejauh mana pertumbuhan ekonomi membawa perubahan dalam kehidupan seharian masyarakat.
Lantaran itu, Malaysia akan terus memperjuangkan sistem perdagangan pelbagai hala yang terbuka dan adil, agar setiap ekonomi, besar mahupun kecil, punyai suara dan peranan dalam mencorak masa depan Asia Pasifik yang lebih terangkum dan saksama.
#APEC2026
#YakinMADANI
#DiplomasiMADANI
Tidak berasas, kata Turkiye yang secara terbuka menolak pengumuman Malaysia kononnya 10k pelarian Rohingya akan ditempatkan semula di negara itu.
Sumber: Malaysia Kini
Eden Moon retweeted
Tidak berasas, kata Turkiye yang secara terbuka menolak pengumuman Malaysia kononnya 10k pelarian Rohingya akan ditempatkan semula di negara itu.
Sumber: Malaysia Kini
Isu kenyataan mengenai 10,000 pelarian Rohingya yang dinafikan oleh pihak Turkiye.
Dalam hubungan antarabangsa, ketepatan maklumat dan komunikasi diplomatik amat penting bagi menjaga imej serta hubungan baik antara negara.
















