Beliau membidas Khoo Poay Tiong susulan kenyataannya berhubung penutupan premis perniagaan ketika waktu solat Jumaat di Terengganu.
Akmal menegaskan penutupan selama dua jam itu bertujuan memberi ruang kepada umat Islam menunaikan kewajipan solat Jumaat, selain menggesa Khoo memahami sensitiviti agama masyarakat setempat.
Beliau turut menjelaskan bahawa premis milik bukan Islam yang tidak mempunyai pekerja beragama Islam boleh beroperasi seperti biasa.
Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/akmal-bidas-k…
64
Seramai 10,000 pelarian Rohingya dari Malaysia bakal ditempatkan di Türkiye menerusi program latihan kemahiran berstruktur selepas cadangan berkenaan mendapat persetujuan Jemaah Menteri.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pelarian yang terlibat akan mengikuti latihan TVET selama tiga hingga enam bulan bagi meningkatkan kemahiran dan membuka peluang pekerjaan di Türkiye.
Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/10000-pelaria…
62
Seorang wanita berusia 45 tahun di Hong Kong kehilangan kedua-dua ovarinya selepas doktor tersilap membuang organ itu ketika menjalani pembedahan. Lebih mengejutkan, doktor terbabit mengakui kesilapan berlaku kerana terlalu fokus melakukan pembedahan sehingga terlupa bahawa ovari pesakit sepatutnya tidak dibuang.
Kejadian berlaku pada 12 September lalu di CUHK Medical Centre, sebuah hospital swasta di Hong Kong. Pada asalnya, wanita itu hanya perlu menjalani pembedahan membuang rahim dan kedua-dua saluran yang menghubungkan ovari dengan rahim.
Kedua-dua ovarinya sepatutnya dikekalkan, namun doktor turut membuang organ berkenaan. Kesilapan itu hanya diketahui selepas seorang jururawat memeriksa organ yang telah dikeluarkan.
Susulan kejadian itu, doktor berkenaan, Profesor Cheung Tak-hong, mengaku bertanggungjawab atas kesilapannya. Pihak hospital turut memohon maaf kepada pesakit dan keluarganya serta akan mengambil tindakan disiplin terhadap doktor terbabit. Wanita itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan susulan.
Sumber: South China Morning Post
17
Beliau meluahkan rasa syukur apabila kini telah dipindahkan ke wad biasa selepas menerima rawatan akibat jangkitan paru-paru.
Bagaimanapun, Amir mengakui masih bergelut untuk bernafas dan bergerak serta memerlukan bantuan oksigen.
Amir turut berterima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan kesembuhannya. Semoga cepat sembuh, Amir!
Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/amir-raja-law…
Seorang lelaki Sabah, Dewah Bin Robert tampil memberikan pandangan berhubung isu penanda arah kiblat di Gunung Kinabalu yang menjadi perhatian ramai.
Menurutnya, penanda tersebut hanya bertujuan memudahkan pendaki Muslim menunaikan solat dan tidak bermaksud kawasan berkenaan menjadi hak eksklusif mana-mana agama.
Beliau turut menyeru masyarakat supaya tidak berfikiran sempit, sebaliknya terus menjaga keharmonian dan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum serta agama.
Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/penanda-kibla…
25
Badak air terkenal bernama Fiona yang menjadi perhatian dunia sejak dilahirkan pramatang pada 2017 dilaporkan mati selepas tertelan topi milik pengunjung di Zoo Cincinnati, Amerika Syarikat.
Topi berkenaan dipercayai terjatuh ke dalam habitatnya selepas dilambung seorang kanak-kanak dan terkena kipas siling. Pelbagai usaha dilakukan pasukan veterinar untuk menyelamatkan Fiona, namun tidak berjaya.
Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/badak-air-fio…
31
Pengarah drama Dua Nyawa, Riza Baharuddin tampil memberikan penjelasan berhubung kontroversi membabitkan pelakon drama berkenaan yang menjadi perhatian ramai.
Beliau menegaskan keselamatan, keselesaan dan kebajikan pelakon sentiasa menjadi keutamaan sepanjang penggambaran.
Menurutnya, perbincangan telah diadakan dengan pelakon terlibat dan sebarang sentuhan fizikal dalam adegan hanya boleh dilakukan berdasarkan arahan atau selepas mendapat kelulusannya selaku pengarah.
Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/pengarah-dua-…
19
Daripada herba tradisional hingga teknologi kecerdasan buatan (AI), semuanya bakal menjadi tumpuan di TCMex 2026!
Pameran yang berlangsung pada 25 hingga 27 November ini di MITEC, Kuala Lumpur bakal menghimpunkan 125 pempamer dari dalam dan luar negara, selain memperkenalkan pelbagai inovasi kesihatan moden.
Menariknya, pengunjung turut berpeluang mendapatkan konsultasi percuma daripada pengamal Perubatan Tradisional Cina (TCM) berlesen, meneroka teknologi kesihatan digital serta mengenali pelbagai produk berasaskan herba.
📍 MITEC, Kuala Lumpur
📅 25–27 November 2026
🎟️ Kemasukan percuma
thereporter.my/tcmex-2026-pe…
14
Lima pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditahan polis susulan penemuan dadah berbahaya dalam lima bagasi dan sebuah kotak ketika pemeriksaan rutin di Pangkalan Udara Subang pada 17 November lalu.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan kementeriannya tidak akan berkompromi terhadap sebarang kegiatan jenayah dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pegawai yang terbukti terlibat atau bersubahat.
Beliau turut memaklumkan kes berkenaan telah diserahkan kepada PDRM untuk siasatan lanjut.
Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/lima-pegawai-…
30
Sampai bila masa depan pembuli perlu dijaga, sedangkan mangsa pula terpaksa menanggung akibat perbuatan mereka? Persoalan itu menjadi perhatian susulan desakan orang ramai yang mahu pelajar terbukti melakukan buli terus dibuang sekolah dan tidak dibenarkan menyambung persekolahan di sekolah lain.
Menerusi Threads, pengguna umarabjamal mencadangkan hukuman buang sekolah dilaksanakan tanpa terlalu memikirkan masa depan pelaku.
"Lepas ni kalau kes berlaku, terus buang. Jangan fikir masa depan dia. Kalau nak sangat, suruh parent dia cari cikgu persendirian atau belajar sendiri," katanya.
Pandangan itu turut disokong sarahalimlah yang berkata, "Jangan bagi masuk mana-mana sekolah dah. Sebab biar yang lain pun tahu, perbuatan ni ada akibatnya."
Orang ramai berpendapat, hukuman seperti penggantungan sekolah, amaran dan sesi kaunseling sahaja tidak memadai bagi kes buli yang serius. Mereka mahu tindakan lebih tegas dikenakan terhadap pelajar yang terbukti bersalah supaya hukuman itu menjadi pengajaran kepada pelaku dan peringatan kepada pelajar lain bahawa perbuatan membuli bukan kesalahan yang boleh dipandang ringan.
29
Sembilan tahun bercinta sejak zaman sekolah, akhirnya disatukan sebagai suami isteri. Namun, kebahagiaan Idham Kamal Hafizi, 24, bersama wanita yang dicintainya, Sharifah Nuraqilah Nadhiratul Husna atau Qila, 23, hanya bertahan selama 39 hari apabila isterinya meninggal dunia akibat kanser otak tahap empat pada Rabu (18 November).
Pasangan itu bernikah pada 10 Oktober lalu ketika Qila masih berjuang melawan penyakit yang dikesan sejak April.
Menurut Dr Hazwani Abdul Raffar yang mengenali arwah, Qila menjalani pembedahan otak pada 3 November dan pada awalnya menunjukkan perkembangan positif. Bagaimanapun, keadaannya merosot selepas mengalami sawan sebelum ditidurkan pada 10 November.
Arwah menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.57 petang.
Menerusi Threads, Idham meluahkan kesedihan kehilangan insan yang dikenalinya sejak 11 tahun lalu.
"Saya tak tahu apa yang akan jadi dengan saya selepas ini," luahnya.
Namun, di sebalik kesedihan itu, dia tetap bersyukur kerana berpeluang menjadi suami Qila walaupun untuk tempoh yang singkat.
"Cinta saya, sayang saya semuanya untuk awak sayang. Terima kasih wanita teragungku, berehatlah isteri syurgaku," tulisnya.
Sumber: Harian Metro, SinarPlus, Kosmo
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya melaksanakan penerbangan khas membawa organ penderma dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan ke Subang, Selangor, hari ini.
Organ berkenaan dipercayai milik Allahyarham Muhammad Aidil, lelaki yang kisah pendermaan organnya tular di media sosial sehingga meraih perhatian ramai.
Menerusi operasi pemindahan organ (MEDEVAC) itu, helikopter AW139 milik JBPM membawa organ hati, buah pinggang, mata dan tulang dengan diiringi dua doktor perubatan dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Organ berkenaan kemudiannya dibawa menggunakan ambulans menuju ke Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Selayang.
Helikopter tersebut berlepas dari Kota Bharu pada jam 9.03 pagi sebelum selamat tiba di Subang pada jam 10.42 pagi.
Sumber: Facebook Bahagian Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
Bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua tampil membalas kritikan pemimpin UMNO berhubung tindakannya berkongsi minit mesyuarat Lembaga Pengampunan membabitkan Datuk Seri Najib Razak.
Beliau menegaskan dirinya bukan individu yang menyahklasifikasikan dokumen berkenaan, sebaliknya hanya merujuk kepada fakta yang terkandung dalam minit mesyuarat yang didakwanya telah dinyahklasifikasikan secara sah.
Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/cacing-cacing…
49
Kisah pendermaan organ Allahyarham Muhammad Aidil, 23, yang tular di media sosial menyentuh hati ramai.
Di sebalik kisah tersebut, kakak Allahyarham berkongsi detik terakhir adiknya yang sempat membeli burger untuk kedua-dua ibu bapa sebelum terlibat dalam kejadian yang meragut nyawanya.
Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/derma-organ-m…
194
PAS mengumumkan keputusan untuk tidak meletakkan calon pada PRN Sarawak selepas mengambil kira perkembangan politik semasa dan pelbagai pertimbangan lain.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu bagaimanapun akan terus komited memperkukuh perpaduan, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.
Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/pas-putuskan-…
27
Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun mengalami kecederaan pada kepala, dada, perut dan lengan kiri selepas dipercayai dipukul tiga pelajar lain di sebuah sekolah menengah di Tangkak, Johor.
Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham berkaitan perbualan dalam kumpulan WhatsApp.
Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/pelajar-14-ta…
81
Dah hensem Talang! Setahun selepas diselamatkan dari Pulau Talang, kucing kurang upaya (KKU) yang diberi nama Talang kini menunjukkan perubahan yang cukup menggembirakan.
Jika sebelum ini, Talang ditemukan dalam keadaan kurus kering dengan berat hanya 2.9kg, kini beratnya meningkat kepada 6kg dan berada dalam keadaan sihat.
Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/talang-kucing…
21
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan maklumat tular berhubung pelaksanaan ujian Sistem Amaran Awal Nasional di Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Pahang pada hari ini, 19 November 2026.
MCMC dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa maklumat yang tersebar menerusi media sosial dan aplikasi WhatsApp itu adalah tidak benar.
Menurutnya, aktiviti yang dijadualkan berlangsung hari ini hanyalah ujian teknikal dalaman bagi menilai tahap kesiapsiagaan dan keberkesanan sistem sebelum pelaksanaannya diperluaskan, bukannya ujian amaran kepada orang awam seperti yang didakwa.
Sehubungan itu, MCMC menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih, sebaliknya merujuk saluran rasmi suruhanjaya berkenaan bagi mendapatkan perkembangan dan pengumuman terkini.
30
KPM mengesahkan rakaman CCTV berhampiran lokasi kematian pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar, Perak telah diserahkan kepada polis bagi membantu siasatan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, beberapa pentadbir dan guru sekolah terbabit turut diberikan pelepasan tugas sementara bagi membantu siasatan.
Beliau menegaskan KPM tidak akan berkompromi sekiranya terdapat sebarang kecuaian atau pelanggaran tatacara keselamatan yang terbukti melalui hasil siasatan.
Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/kematian-pela…
53
UNHCR menghentikan aktiviti pendaftaran dan dokumentasi pelarian serta pemohon suaka di Malaysia berkuat kuasa 18 November 2026, susulan langkah kerajaan mengambil alih urusan berkenaan.
Bagaimanapun, UNHCR menegaskan perkhidmatan lain termasuk penempatan semula pelarian dan bantuan perlindungan kecemasan masih diteruskan seperti biasa.
Baca berita penuh di sini 👉:thereporter.my/unhcr-henti-p…
23



















